Friday, April 5, 2013

Tunggu genap 4 Tahun

Friday, April 5, 2013

Tunggu genap 4 Tahun
Damai dan salam sejahtera,
Tiada siapa yang akan menyangka Perdana Menteri Malaysia akan membubarkan Parlimen pada hari Rabu 3 April 2013. Pada tarikh tersebut, beliau menikmati empat tahun sebagai Perdana Menteri dan mengambil keputusan membubarkan Parlimen setelah DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatic pada Kahmis lalu 28 Mac 2013.
                Beliau dilihat tidak tergesa-gesa untuk mebubarkan Parlimen. Semasa Sarawak mengadakan Pilihanraya Negeri, banyak pihak mendesak PM untuk mengadakan piliharaya serentak dengan Negeri Sarawak namun, beliau memilih untuk menunggu sehingga rakyat melihat sendiri apa yang boleh beliau lakukan walaupun BN tidak menikmati 2/3 Majority di Parlimen. Jika beliau mendengar desakan banyak pihak untuk membubarkan Parlimen seawall mungkin, mungkin pihak pembangkang sudah membentuk kerajaan. Inni kerana, ketika PRU12 dan piliharaya Negeri Sarawak, pohak pembangkang berada pada kemuncak prestasi mereka. Jika PM menurut sifat agresif untuk mendapat mandate dari rakyat mungkin beliau hanya menjadi PM selama dua tahun sahaja.
                PRU13 pula bolah dikatakan kedua-dua pihak mempunyai peluang yang seimbang. Selain muka calon yang dikategorikan sebagai “boleh Menang” kesetian kepada parti juga mempengaruhi undi. Selain itu, pengundi mudan atas pagar adalah kunci utama kepada siapa yang lebih kuat pengaruh politik mereka di kawasan masing-masing. Seperti PRU12, banyak ahli parti yang dikatakan merajuk dan mengambil tindakan mengundi calon parti lain yang menyebabkan PM ketika itu terpaksa akur dan mengundurkan diri. Pada kali ini juga, scenario yang sama mungkin akan berlaku walaupun kebanyakan pemimpin tertinggi parti mensihati dan menggugut untuk memecat mereka yang melakukan sabotaj kepada parti.
                Namun, hanya ada satu pemenang sahaja dalam Pilihanraya kali ini. Kita tunggu dan lihat.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting