Friday, April 5, 2013

Parlimen 213 MUKAH

Friday, April 5, 2013
doa-doa ada bangunan semacam ini di P.213 Mukah nanti ek

Parlimen 213 MUKAH
Damai dan salam sejahtera,
Parlimen Mukah terbahagi kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN)iaitu DUN 51 Balingian dan DUN 50 Dalat. Kedua-dua DUN tersebut disandang oleh Pari Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB). Bagi DUN 50 Dalat, ia disandang oleh Datuk Hajah Fatimah manakala bagi DUN 51 Balingian disandang oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Ketua Menteri Sarawak.
                Parlimen 213 Mukah disandang oleh bekas Menteri Perlancongan Persekutuan, Datuk Dr. Muhammad Leo Micheal Toyad. Pada Pilihanraya Umum kali ini, Barisan Nasional mungkin akan mempertaruhkan semula beliau kerana beliau juga boleh dianggap sebagai calon boleh menang oleh BN. Namun, lawan yang bakal dihadapi kali ini menambah sedikit kekuatan apabila encik Hai Nerawi menyertai DAP (Parti Tindakan Demokratik) beberapa bulan lepas. Walaupun beliau tewas kepada Datuk Dr Muhammad Leo pada PRU12, beliau tidak hilang wang pertaruhan apabila beliau meraih lebih banyak undi di kawasan Bandar.
                PAS (Parti Islam SeMalaysia) dilihat tertarik dengan kerusi P. 213 Mukah ini. Difahamkan sepupu kepada Pehin Sri Abdul Taib iaitu Datuk Salleh telah menyertai PAS dan mahu mencabar kerusi P. 213 Mukah. Ketidak fahaman antara Phin Sri dan Datuk Salleh mungkin punca kenapa beliau masih mahu bertanding walaupun tewas kepada Ketua Menteri semasa Pilihanraya Negeri lepas.
                Seperi kebiasaannya, calon Bebas juga sering melawan parti memerintah di P. 213 Mukah. Sekurang-kurangnya seorang calon Bebas akan bertanding di Mukah. Jika dua parti pembangkang bertanding di Mukah, BN tidak memerlukan bantuan calon Bebas untuk memecah undi parti pembangkang. Dengan P. 213 Mukah dilebalkan sebagai kubu kuat BN, harus diingit bahawa, undi golongan muda adalah penentu kepada siapa yang akan duduk dan menerima elaun sebagai Yang Berhormat bagi P.213 MUkah.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting