Friday, April 5, 2013

Isu Pilihanraya di Parlimen 213 Mukah

Friday, April 5, 2013

Isu Pilihanraya di Parlimen 213 Mukah
damai dan salam sejahtera,
                apakah isu yang akan dimainkan oleh ahli-ahli politik kita nanti di Parlimen Mukah. Mukah adalah sebuah bahagian yang paling rancak membangun berbanding bahagian-bahagian lain di Sarawak. Pada ketika ini, kerajaan Persekutuan menumpukan kepada pembangunan Pendidikan Tinggi di Mukah. Namun, dari segi pengakutan jauh ketinggalan dari bahagian-bahagian utama negeri Sarawak.
Wisma Persekutuan Mukah yang lambat siap dari jadual
                Janji BN antaranya yang masih belum terlaksana ialah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa di Mukah yang dilihat bakal melonjakkan Mukah di Peta Dunia dan boleh mengalahkan Bahagian Sibu jika pembinaannya tidak ditunda. Selain mempercepatkan dan merancakan aktiviti ekonomi disamping peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, Lapangan terbang pastinya akan menjadi pintu masuk kepada para pelancong dari dalam dan luar negara untuk melancong ke negeri ini. Dengan kedudukan ditengah-tengah negeri Sarawak sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa akan memudahkan pergerakan ekonomi ke kawasan di sekitarnya. Mungkin belum dilaksanakan kerana sumber adalah terhad dan memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi memaksimumkan potensi wilayah tengah negeri Sarawak.
                Selain itu, penduduk juga menuntut talian telekomunikasi yang lebih baik di kawasan-kawasan Bandar dan luar Bandar Bahagian Mukah. Coverage telekomunikasi adalah amat menyedihkan di beberapa kawasan. Walaupun berdekatan dengan Bandar Mukah namun, penerimaan isyarat telefon boleh mnyebabkan peparu mendidih.
                Keadaan jalan yang berbahaya di beberapa kawasan kerap kemalangan sekitar Mukah harus diberi perhatian. Antaranya ialah di Jalan Oya Lama selekoh sebelum ke Stesen Minyak Petronas yang pastinya pada suatu hari nanti akan mengorbankan nyawa. Lebih-lebih lagi dengan sikap para pemandu kita yang suka suka hati memandu seperti mak bapak depa yang punya jalan.
                Prasarana sekolah-sekolah uzur juga mungkin menjadi isu di Mukah.  Para penduduk mahukan sekolah baru bagi menggantikan sekolah lama dan uzur namun, kerajaan hanya mampu untuk membaik pulih dan menaik taraf bangunan sekolah. Hal ini kerana, kekangan sumber yang amat terhad di Pejabat Gabungan Pendudikan Bahagian Mukah.projek-projek kecil dan sederhana dari kerajaan Persekutuan juga menunjukkan ada usaha yang dilakukan oleh YB MP Mukah namun keutamaan pengundi di sini ialah sesuatu yang mega dan grand.
                Tuntutan dan isu pastinya tidak akan habis kerana sifat manusia yang payah sangat untuk bersyukur. Namun jika keadaan yang sedia ada amat menyedihkan mengapa tidak kita meminta apa yang perlu bagi kebaikkan kita bersama.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting