Friday, April 5, 2013

Kami Mahu Minyak Kami Semula

Friday, April 5, 2013



Kami Mahu Minyak Kami Semula
Damai dan salam sejahtera.
Diketahui umum, Sarawak adalah pengeluar minyak terbesar Malaysia. Minyak mula ditemui di Bukit Kanada, Miri seawal 1910 iaitu semasa pemerintahan Rajah Brooke. Sejak itu, minyak adalah eksport utama negeri Sarawak sehingga lah kerajaan Persekutuan mengambil alih hak dan konsesi minyak dan gas dari Negeri Sarawak.
                Sejak itu, hasil minyak dan gas bukan lah hasil bumi negeri Sarawak dan juga bukan lah penyumbang kepada KDNK Sarawak yang tergolong di kalangan negeri-negeri berpendapatan rendah di Malaysia. Hasilnya, pembangunan negeri Sarawak jauh semakin perlahan kerana kerajaan negeri terpaksa mengorbankan banyak keluasan hutannya untuk aktiviti pembalakan. Namun yang demikian. Hasil itu tidak mencukupi walaupun umum mengetahui harga balak adalah amat tinggi di pasaran dunia. Tetapi hasil itu entah ke mana. Alasan yang sering di berikan oleh mereka ialah penyelewengan oleh tauke-tauke balak bagi mengelak cukai hasil balak. Tanpa kerjasama dari pihak-pihak yang berkenaan manakan mungkin balak-balak itu lepas dari pemeriksaan di perlabuhan.
                Sarawak amat bergantung kepada hasil yang banyak untuk membangunkan negeri yang huge ini. Dengan keluasan dan penduduk yang bertaburan amat memerlukan dana yang besar untuk membina infrastructures yang jauh ketinggalan dari negeri-negeri bukan pengeluar minyak.  Malaysia seharusnya mengambil contoh kerjasama antara Singapura-Brunei sejak sekian lama. Singapura bukanlah negara pengeluar minyak dunia tetapi muncul sebagai hub minyak antarabangsa. Brunei tidak mempunyai pusat penapisan minyak segah Malaysia namun masih mampu mengagihkan kekayaannya dengan baik. Tetapi di Malaysia, negeri-negeri pengeluar minyak dan gas jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang.
                Sarawak mungkin bertuah kerana tanpa minyak masih mampu untuk membangunkan pelnagai projek megabagi menjana tenaga. Antaranya ialah sumber air yang banyak serta arang batu di negeri ini. Wajar penubuhan Sarawak Energy untuk membangunkan sumber-sumber semulajadi dan tersedia untuk menjana tenaga tanpa bergantunng kepada minyak dan gas. Sarawak dilihat dapat mengurangkan kebergantungan kepada minyak untuk menjana tenaga dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang.
                Namun adakah kita masih tidak memerlukan minyak? Kita masih memmerlukan minyak dan hasil petroleum kerana ia adalah dari perut bumi Sarawak yang sepatutunya adalah kekayaan rakyat negeri Sarawak. Wajar Syarikat Petronas dimilik negerikan berbanding meminta royalty. Jika kita antara pemilik Syarikat-syarikat minyak yang menjalankan aktiviti korek dan tapis di negeri ini, kita mampu merancakan pembangunan negeri ini dan menggapai cita-cita kita untuk melihat negeri ini sebagai negeri TERKAYA DI MALAYSIA.
                

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting