Friday, March 8, 2013

PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii

Friday, March 8, 2013

 PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii
                Damai dan salam sejahera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit buah fikiran saya yang tidak berpelajaran tinggi ini.
                Jika pembangkang mengambil alih pemerintahan negara , penulis merasakan tiada apa yang mereka akan ubah seperti mana yang mereka war-warkan. Hal ini kerana, kerajaan pembangkang di negeri-negeri diperintah mereka adalah lebih agresif berbanding dengan kerajaan pemerintah pusat. Namun kerajaan Islam di Kelantan mahu mengekalkan pembangunan mereka seperti mana pada awal tahun 1990-an sebagai kejayaan mereka.
                Akibatnya, kerajaan persekutuan menumpukan perhatian secara khusus kepada Wilayah Sabah dan Sarawak yang menyumbang kepada kejayaan kerajaan untuk terus memeritah negara. Apatah lagi hasil minyak yang rakus dilombong oleh Syarikat berkepentingan kerajaan yang hanya menguntungkan wilayah Semenanjung. Hasilnya, kerajaan negeri kedua-dua wilayah itu boleh menganggap bahawa tiada minyak dan gas yang pernah dijumpai di bumi Borneo yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri yang amat jauh ketinggalan daripada negri-negeri Malaya.
                Pembangkang pula membangkang semua kegiatan ekonomi yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah boleh menjejaskan kesihatan rakyat. Walaupun agak remeh bagi kerajaan tetapi bagi rakyat kesihatan adalah lebih penting daripada segala-galanya. jadi mereka mudah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
                Namun adalah kerajaan dan pembangkang adalah sama atau mereka sebaliknya sepenuhnya?                                                                                                                                                                                                                                            








0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting