Thursday, March 14, 2013

Melanau dan Seni

Thursday, March 14, 2013

Melanau dan Seni
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Mungkin kita amat biasa dengan hasil tangan masyarakat-masyarakat lain di Malaysia tetapi mungkin agak tidak mengetahui keunikan kraftangan orang Melanau.
                Sebenarnya, kaum melanau berkongsi artifak seni dengan kaum serumpunnya di sekitar nunsantara. Selain, pengaruh beberapa empayar pada suatu ketika dahulu seperti Srivijaya, Majapahit, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Johor-Riau serta Kesultanan Brunei malah dari Tanah Besar Cina dan India.
                Pengaruh luar sebenarnya telah mencorakkan seni tangan masyarakat melanau. Kebanyakkan budaya dan tradisi melanau diambil dari empayar Srivijaya dan Majapahit namun mereka tidak mengamalka agama Hindu di dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi mereka meminjam seni dan kebudayaan empayar itu sahaja.
                Keserasian seni dan kebudayaan Islam dan Melayu mencorakan kebanyakan kepercayaan dan budaya masyarakat melanau. Dari segi berpakaian serta pertuturan kebanyakan adalah dari pengaruh empayar-empayar Melayu dan Brunei. Manakala pengunaan pangkat dan gelaran melekat dikalangan masyarakat melanau hasil dari pemberian daripada kesultanan Brunei.
                Pengaruh Chaina dan India adalah secara tidak langsung kerana adanyanya unsur perdagangan yang wujud pada ketika itu. kepelbagaian pengaruh seni dan budaya telah melahirkan masyarakat melanau  yang multi-art  dengan berasakan kepercayaan asal mereka iaitu LIKO.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting