Thursday, March 21, 2013

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 1.0

Thursday, March 21, 2013

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 1.0
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau sinonimnya BR1M telah memasuki pemberian kali kedua sejak mula diperkenalkan pada bajet 2012 yang mengutamakan isi rumah perpendapatan RM3000 kebawah dengan beberapa syarat yang menarik. Antaranya ialah, jika satu isi rumah terdiri daripada ayah dan ibu serta anak-anak yagn belum berkhawin dan sudah berkahwin serta terdapat warga emas layak untuk memohon. Jika dilihat dari syarat itu, mungkin pendapatan isi rumah melebihi RM3000 kerana ibu atau bapa bekerja disamping anak-anak yang sudah berkahwin tinggal dalam satu rumah. Dalam masa yang sama warga emas juga mungkin berpendapatan tetapi tidak mencapai RM3000 juga layak. Maka secara teorinya mereka tidak layak memohon BR1M tetapi syarat sebenarnya ialah pendapatan KETUA KELUARGA yang kurang RM3000 adalah LAYAK MEMOHON.
                Misalannya, si Ayah dan si Ibu menanggung seorang anak yang belum berkahwin layak memohon untuk satu borang BR1M. Si anak yang sudah berkahwin pula layak untuk memohon BR1M walau dan jika beliau belum mempunyai anak. Manakala, si nenek atau si atuk layak juga mengisi satu lagi permohonan sebagai warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas. Oleh yang demikian, satu isi rumah itu layak menerima BR1M dengan jumlah RM1500 dengan masing-masing RM500 setiap Ketua Keluarga.
                Namun yang demikian, bnayk keluarga yang gagal menerima BR1M dengan pelbagai alasan yang mengelirukan. Antaranya yang biasa ialah:
1.        Permohonan Pemohon Telah Wujud.
i.         Hal ini berlaku apabila si Pemphon memohon kali kedua. Mungkin si pemohon merasa ada kesilapa semasa mengisi borang yang pertama maka beliau cuba memohon baru edngan harapan permohonan pertama terbatal. Hal ini hanya akan merumitkan keadaan kerana selalunya ia akan menyebabkan permohonan pemohon diragui.
ii.       Hal ini juga berlaku apabila si anak (berkahwin atau belum) yang bekerja di tempat lain mengisi untuk ibu bapa mereka sebagai tanggungan mereka. Kebanyakkan pemohon berfikir semakin banyak tanggungan semakin senang untuk mendapatkan kelulusan bantuan tetapi sebenarnya akan menyebabkan permohonan-permohonan lain tersangkut.
2.       Tanggungan Permohon Telah Wujud.
iii.      Kes ini sama seperti di huraian  1.ii dan lebih merumitkan jika setiap anak-anak menggangkap ibu bapa mereka yang telah mencapai status warga emas. Akibat yang selalu berlaku ialah warga emas tidak mendapat apa-apa kerana nombor kad pengenalan seseorang hanya boleh digunakan untuk sekali sahaja di dalam system.
3.       Suami atau Isteri Pembayar Cukai atau Kad Pengenalan Suami atau Isteri Dikenakan Cukai
iv.     Hal ini berlaku kepada para pekerja swasta yang tiba-tiba pendapatan mereka dikenakan cukai walaupun hanya RM10. Maka mereka tidak layak pula menerima BR1M. tetapi mereka boleh mengemukan rayuan dengan mengisi borang rayuan dan mengepilkan bersama penyata dari LHDN.
4.       Tidak melepasi Had JPJ (Jabatan Pengakutan Jalan)
v.       Hal ini berlaku apabila kad pengenalan Suami atau Isteri mendaftar bagi kenderaan yang berkapasiti melebihi 1.6cc di JPJ. Ini banyak berlaku kepada masyarakat negeri Kepulauan Borneo kerana Kenderaan pancuan 4 roda 4x4 adalah keperluan di sana. Selalunya satu isi rumah memiliki kenderaan ini kerana factor jalan raya. Jika mereka membeli kereta Viva akan membantu mereka mempercepatkan kereta itu untuk rosak dan tersangkut di dalam lumpur.
5.       Tiada maklumat di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)
vi.     Hal ini juga banyak berlaku kepada masyarakat pendalaman di ketiga-tiga wilayah. Hal ini kerana, kebanyakaan warga emas tidak mempunyai sijil kelahiran dan hanya memiliki kad pengenalan. Ada yang lebih parah menghantar salinan kad pengenalan semasa zaman koloni Inggeris.
vii.    Masalah juga mungkin timbul di JPN tentang beberapa perkara terutama tentang kebarangkalian kad pengenalan “terdouble”atau satu kad pengenalan dimiliki oleh dua orang yang sama. 
6.       Tiada tanggungan
viii.  Pada BR1M 1.0, kerajaan tidak membuka permohonan kepada mereka yang bujang, ibu /bapa tunggal yang tidak mempunyai tanggungan. Maka, mereka tidak layak untuk menerima BR1M.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting