Monday, September 17, 2012

Sabah Dan Sarawak Keluar Malaysia

Monday, September 17, 2012

Pada pendapat saya, situasi tersebut bukanlah dijamin akan benar-benar berlaku kerana Sabah dan Sarawak mempunyai banyak isu dan permasalahan yang memberikan liabiliti kepada kemajuan dan kepesatan tadi. Sekadar memberikan dua contoh; isu dan permasalahan itu ialah mentaliti dan gerak kerja pemimpin dan mentaliti rakyat bagi Sabah dan Sarawak secara umumnya.

SUMBER: SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA samizul.net


SSKM merupakan proposal yg berani, baik dan perlu dihayati sepenuhnya. Dari segi geografi, keluasan Sabah dan Sarawak hampir sama luas keseluruhan Tanah Malaya. Hasil kedua dua Negeri Sabah dan Sarawak, melebihi hasil Tanah Malaya. Adakah rakyat Sabah dan Sarawak tidak mampu untuk mentadbir jika Sabah dan Sarawak bergabung dan menjadi independent (memerintah sendiri). Apakah kita di Sabah dan Sarawak ketandusan idea dan tidak mampu, tidak berupaya mengurus hal ehwal sendiri? Kita orang SABAH dan SARAWAK apa kurangnya? Teruskan perjuagan ini, walau selama manapun, dan walau apa cara sekalipun. Saya yakin cita cita kita akan tercapai juga. Bila lagi

SUMBER: SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA samizul.net KOMEN OLEH: Poul Sarian

Join FB.."Sabah Sarawak".....NGO Sabah Sarawak menentang keras "Sabah Sarawak Keluar Malaysia"...wajar bagi rakyat memilih siapa memerintah sabah Sarawak secara adil dan bijaksana......

SUMBER: SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA samizul.net KOMEN OLEH: NGO SABAH SARAWAK

 

TAJUK: SOALAN

            Damai dan salam sejahtera kepada pembaca yang bijaksana lagi budiman.

            Kebangkitan pengetahuan sejarah di Malaysia seakan-akan baru bermula. Masa di sekolah susah betul untuk membaca buku sejarah. Tetapi sejarah 16 September, 1963 adalah amat penting di samping dengan perkara-perkara yang membantu Pembentukkan Malaysia.

                Semakin hangat topik perkara 20/18 diperdebatkan. Jika benar Sabah dan Sarawak memberi liabiliti kepada pembangunan dan kepesatan di manakah point itu? Saya rasa orang di Sabah dan Sarawak ikut sahaja apa yang dicakapkan oleh para pucuk pimpinan. Politik dan Sabah dan Sarawak amat stabil. Tiada perbalahan politik atau sintimen provakasi keatas polis seperti di Semenanjung. Misalnya pada Pilihanraya Negeri di Sarawak yang baru lalu, tiada langsung tercetusnya masalah kepada pihak polis sehingga Ketua Polis Negara mengatakan Sarawak amat aman walaupun sejumlah besar anggota polis dikerah untuk menjaga perjalanan pilihanraya. Kalau di Semenanjung memang anggota keselamatan tidak mencukupi untuk mengawal keadaan. Pilihanraya kecil di Sibu, markas parti yang bertanding hampir bersebelahan namun tiada pula pemasalahan yang wujud. Mungkin masalah yang menjadi beban seperti yang di maksudkan oleh encik samizul.net ialah geografi Sabah dan Sarawak. Kos yang tinggi di perlukan untuk membawa pembangunan.
            Berbanding di Semenanjung setiap kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan sendiri. Di tambah lagi dengan peruntukan oleh kerajaan persekutuan maka tiada masalah kewangan untuk membina jaringan jalan raya antara negeri. Berbanding Sabah dan Sarawak tidak ada peruntukkan untuk membina jaringan jalan raya yang mencukupi untuk membina jalan raya. Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi peruntukkan dan membahagikan peruntukkan itu dengan bahagian-bahagian yang seluas sebuah negeri di Semenanjung. Setiap bahagian ini hanya mendapat sumber kewangan dari peruntukan dari kerajaan negeri. Adapun sumber kewangan adalahcukup-cukup membayar gaji pekerja sahaja. Selain membantutkan pembangunan juga mengurangkan keupayaan untuk menggaji pekerja. Jadi wujudlah mereka yang berkelayakan menganggur dan terpaksa bekerja di kedai-kedai.
            Saya tidak nampak pun Sabah dan Sarawak menjadi liabiliti kepada pembangunan. Kebanyakan orang di sini bersyukur atas apa yang ada tidak seperti yang di sana. Di beri betis nak paha. Sarawak konon-kononnya negeri ke-empat terkaya di Malaysia dan bakal menjadi penyumbang ke-empat kepada KDNK negara menjelang tahun 2020. Namun apa yang orang Sarawak betul-betul dapat? Tiada keupayaan untuk memerintah sendiri? Keupayaan Pehin Sri sudah mampu untuk memimpin Sarawak ke arah pemerintahan sendiri. Berapa jauhnya pembangunan yang ada di Sarawak berbanding di Kelantan yang dipimpin oleh otai politik? Jika dilihat dari sejarah pembangunan lembah Kelang memang lah dari zaman British lagi sudah berkembang. Di Sarawak hanya di Kota Minyak dan Kota DI Rajah di Kuching yang menjadi tumpuan Rajah. Di tempat-tempat lain hanya digunakan untuk pengaruh sahaja. Tiada pemberontakan pada masa itu sehingga lah Rajah ke-tiga menjanjikan pemerintahan sendiri pada Januari 1941 dan kemudiannya memberi pemerintahan itu kepada British.
            Jika digabungkan keluasan Sabah dan Sarawak, keluasanya adalh hampir dua kali ganda Semenanjung Malaysia. Sedangkan Brunei dapat hidup berdikari dengan keluasan yang sebesar lebih dan kurang bahagian Kuching/Semarahan dan Sultan Hasanannah Bolkiah pernah mengecapi title orang paling kaya di dunia pada 1997 oleh Forbes. Jadi tidak mampukah sabah dan Sarawak makan hasil kekayaannya sendiri? Sekarang lapangan minyak Sarawak sedang menuruni dari bahagian Miri ke Bahagian Bintulu. Semakin dekat dengan Bahagian Mukah. Jika minyak itu ditemu di keseluruhan pesisir pantai Sarawak maka tidaka hairanlah ada orang yang akan bergembira. Jangan marah bah..

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting