Wednesday, September 19, 2012

kesedaran sejarah

Wednesday, September 19, 2012
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
hari ini dan sebelumnya serta seterusnya, tarikh sejarah negara akan menjadi tajuk perbualan di mana-mana sahaja. ini menunjukkan walaupun kebanyakan kita tidak suka subjek sejarah masa sekolah sekarang sibuk nak tahu tentang sejarah.
ini adalah salah satu perkembangan byang amat baik. yang pasti bukan untuk mengukit kerana memang diketahui kta hidup dalam negara yang makmur. tetapi harus diingat bahaya sejarah juga membentuk sesebuah bangsa. jika rakyat Sabah dan Sarawak tidak tahu sejarah mereka dan hanya mengkaji sejarah yang sarat dengan penjajahan pastinya kita akan tidak tahu asal usul kita. misalnya seorang anak angkat, (selalu dalam cerita melayu) beliau tidak akan tahu sejarahnya jika ibu bapa angkat beliau tidak bercerita atau tercerita secara tidak sengaja. apabila anak anagkat itu mendengar bahawa beliau adalah anak angkat maka beliau akan mencari asal usul beliau. jadi salah kan kita cuba mencari sejarah kita yang dihilangkan?
Kuasa autonomi kita sepatutnya lebih dari satu kuasa. bagi saya, kuasa autonomi kita ke atas minyak dan gas harus kita miliki. jika Sabah mahupun Sarawak mempunyai kuasa autonomi penuh keatas hasil petroluem maka kita akan menjadi penyumbang besar kepada KDNK negara. jadi, rakyat Semenanjung yang terlupa akan keduduka kepulauan Borneo akan tahu nilai kekayaan kita yang dikongsi bersama. misalnya suatu ketika dahulu, pembekal kayu kayan dari Sarawak tidak menghantar bekalan kayu ke Semenanjung kerana tawaran dari Jepun lebih lumayan, pengusaha perabot di Semenanjung mengalami kerugiaan. atas dasar persekutuan, pembekal kayu kayan itu kembali membekalkan bahan mentah itu kepada Semenanjung.
jelaslah kepada kita pada hari ini, sejarah dan kuasa autonomi penuh kepada hak kita hasil kita dan status kita penduduk asal kepulauan Borneo harus dikembalikan. tiada lagi di borang Melayu, India, Cina atau lain-lain tetapoi ditulis sebagai Melayu/Bumiputra, India, Cina atau lain-lain.
hak kita adalah tanggungjawab kita untuk mempertahankan. kalau bukan kita nak suruh siapa?

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting