Tuesday, September 18, 2012

kami sayau MALAYSIA

Tuesday, September 18, 2012

Kami sayau Malaysia
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Genap 49 tahun usia sebuah negara yang bernama Malaysia pada 16 September, 2012 setelah pelbagai halangan ditempuhi sebelum akhirnya Berjaya mewujudkan negara yang aman dan progresif seperti yang ada sekarang.
                Jika kita lihat peta dunia maka kita akn dapat melihat seakan-akan negara Malaysia ini seperti sepasang tangan yang sedang berdoa. Menadah tangan untuk keredaan Tuhan pencipta alam. Jadi memang sudah dijodohkan Semenanjung Sabah dan Sarawak disatukan menjadi sebuah negara yang berdaulat.               
                Kita amat berbilang kaum yang dapat duduk semeja tidur sebantal. Perkahwinan campur sudah menjadi tradisi semulajadi rakyat Malaysia. Tidak mengira bangsa dan agama bahasa dan budaya kita tetap dapt menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Belum pernah lagi saya dengar ada orang membunuh gara-gara tidak setuju dalam perkahwinan campur. Adapun yang membunuh diri kerana cinta tidak direstui.
                Namun yang demikian ada satu dua perkara yang perlu dipebetulkan dalam system pemerintahan negara. Antranya ialah pengagihan pekerjaan kepada bumiputra Sabah dan Sarawak. Bagi saya tidak semua ibu bapa yang sanggup dan berkemampuan untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi walaupun anak mereka mencapai keputusan yang agak baik dan tidak terlalu baik untuk  menikmati biasiswa. Jika mahu menunggu pinjaman PTPTN mahupun MARA perlu mengambil masa untuk keputusan pinjaman. Jadi ada ibu bapa yang terpaksa menggadai tanah mahupun barang kemas untuk menyekolahkan anak-anak. Yang tidak mempunyai tanah pula terpaksa berpuas hati melihat anak-anak mereka samapai tingkatan enam sahaja. Selalunya sekolah menengah di kawasan pendalaman akan menawarkan tingkatan enam dan tiada pusat pengajian tinggi. Maka sampai di situ lah kisah persekolahan beliau. Untuk merebut peluang pekerjaan di sector kerajaan susah kerana terpaksa bersaing dengan mereka di Bandar dan yang ada “link” dalam jabatan.
                Suara dari Sabah dan Sarawak yang agak lemah dalam cabinet negara Malaysia. Mereka hanya memegang jawatan yang agak ke kiri. Bagi saya jawatan menteri kewangan ataupun timbalan harus di kongsi oleh tiga wilayah itu supaya pengagihan kekayaan negara dapat dijalankan dengan adil dan saksama. Walaupun Sabah dan Sarawak penyumbang kepada “kerusi Parlimen” namun kurang di dalam cabinet mencacatkan keputusan cemerlang mereka di peringkat negeri. Ada sesuatu pengaruh diperlukan agar barisan cabinet  kita lebih mencerminkan nilai 1 Malaysia yang di war-warkan oleh kerajaan.
                Mungkin banyak lagi yang perlu diperbaiki. Daripada kita asyik mengkritik adalah lebih baik kita saling bertukar-tukar pendapat. Terima kasih.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting