Tuesday, September 25, 2012

jawatan kosong kerajaan

Tuesday, September 25, 2012

Kerja di sector kerajaan.
Damai dan salam sejahtera  kepada para pembaca.
Setiap rakyat Malaysia mahu dan ingin bekerja di sector kerajaan. Selain gaji yang konsisten setiap bulan, sector kerajaan juga memberi banyak faedah yang lain. Anrtaranya ialah:
Pencen yang diberikan oleh kerajaan kepada pekerja mereka. Selain itu, pekerja kerajaan senang untuk mendapatkan pinjaman daripada sector kewangan baik untuk pinjaman peribadi, kenderaan mahupun rumah. Mind set penduduk kampung juga lebih kepada mereka yang bekerja di sector kerajaan berbanding dengan di sector lain.
Namun yang demikian, kerajaan kita pada hari ini seolah-olah kurang produktif untuk mengambil pekerja bekerja di dalam pelbagai jabatan kerajaan. Kerajaan lebih suka menawarkan pekerja ini dalam bentuk kontrak selama tiga bulan, enam bulan, dan kontrak sambungan setiap bulan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan buruh terpaksa mencari lagi pekerjaan tetapi juga menimbulkan pengangguran geseran di dalam ekonomi. Pekerja terpaksa mengemukan permohonan baru, menghadiri temuduga dan menanti keputusan temuduga. Ini juga akan memerlukan kos yang terpaksa ditanggung oleh buruh yang mengangguran tersebut. Perkara ini amat merugikan buruh kerana tidak dapat untuk menyimpan duit kerana duit diperlukan untuk memohon baru dan menghadiri temuduga. Selain itu, pekerja terpaksa bersaing dengan mereka yang baru keluar dari university yang mempunyai jumlah yang besar saban tahun. Maka, peluang untuk buruh yang terpaksa mencari kerja selepas tamat tempoh kontrak semakin mengecil. Maka tidak hairanlah ada yang terdapat pengangguran memilih perkerjaan sesuai denga pengalaman kerja mereka.
Kerajaan harus lebih adil dan saksama dalam mengabil pekerja bekerja di dalam sector kerajaan. Terdapat agensi kerajaan yang hanya mengambil pekerja atas factor peribadi. Misalnya anak kepada pekerja mereka atau yang sama waktu dengannya. Maka, peluang untuk yang baru akan lebih kecil kerana tawaran hanya dipertimbangkan kepada ahli keluarga terdekat sahaja. Apatah lagi dasar kerajaan sekarang yang memberi inisiatif biasiswa kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran. Jika yang demikian, anak kepada pekerja di sector kerajaan itu mendapat pekerjaan dapat berpeluang menyimpan duit untuk masa depan. Jika prestasi baik dan sudah nasib yang baik maka kerajaaan akan memberi biasiswa kepada dia jadi tidak perlulah dia belajar tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Dengan bantuan ahli keluarga senang dan mudah untuk menikmati kehidupan yang baik. Lebih-lebih lagi mendapat pekerjaan di sector yang menawarkan gaji yang tinggi berbanding di jabatan yang lain.


0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting