Monday, September 24, 2012

Isu Bendera

Monday, September 24, 2012

isu bendera
damai dan salam sejahtera kepada paa pembaca sekalian
mungkin perkara atau isu ini tidak akan berakhir. Kadang-kadang lucu juga membaca komen-komen di setiap blog yang mengupas isu Sang Saka merah putih. Jika ya Sang Saka bendera nusantara pada zaman 1200-an maka bendera itu paling tua di Asia. Denmark tidak pernah menukar bendera mereka sejak abad ke-6 masihi.
Tahun 1200-an agam hindu adalah agama rasmi bagi kebanyakan empayar di Asia Tenggara. Jika Malaysia mahupun Indonesia mahukan ciri-ciri Sang Saka kala dalam bendera mereka jadi untuk menmertabatkan agama Islam hanya akan tinggal hajat. Warna merah dan putih Sang Saka langsung tidak adda ciri-ciri Islam. Bagi saya, bendera yang betul-betul Islam Ialah bendera Arab. Kenapa tidak mahu meniru sesuatu yang berunsurkan Islam? Kenapa mahukan yang seangkatan dengan negara bukan Islam?
            Saya bukan Islam tetapi saya sedih melihat penganut agama Islam di serata dunia bergolak. Tidak mahu hidup aman dan makmur seperti pada zaman pemerintahan para khalifah. Mengapa ini semua harus berlaku? Islam itu dikatakan indah tetapi penganutnya gagal mengindahkan agama yang Indah ini. Berbangga dengan unsur Hindu empayar Majapahit dan juga Srivijaya?
            Ada juga rakyat Malaysia malu kepada bendera sendiri. Jika anda berasa mahu bendera yang ada citarasa anda, anda boleh mencari bendera negara mana yang memenuhi citarasa anda. Kemudian tukar warganegara. Lebih selamat.
            Selepas isu bendera, lagu di ciplak,akan keluar isu duit diciplak. Rekabentuk diciplak lah, warna diciplak lah. Isu-isu ini bukan sahaja melambatkan pembangunan tetapi akan menjadi bahan lawak kepada dunia. Ini ialah liability sebenarnya. Ini mungkin yang dimaksudkan oleh samizul.net itu
kalau di Sabah dan Sarawak tidak ada pula masyarakat di negeri ini yang malu kepada bendera Malaysia. Isu itu mungkin amat remah bagi kami di sini kerana ada lagi isu yang lebih baik dibincangkan daripada isu bendera yang dijaga oleh empat pahlawan negara. Jika salah seorang pahlawan itu meninggalkan penjuru Jalur Gemilang, maka akan runtuhlah Persekutuan Malaysia. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting