Friday, September 7, 2012
Gangnam:
iman vs akidah
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Gangnam
tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media social. Dengan gaya tarian yang
mengujakan dan secara pantas menjadi panas dan mendidihkan hati. Adalah amalan
biasa bagi penduduk Malaysia yang agamanya kuat tetapi amalanan agamanya kurang
akan membangkitkan isu yang amatt sensitive iaitu berkaitan dengan agama.
Adalah saling dirujuk perbuatan seakan-akan pangkah atau tambah adalah
menyerupai salib. Ada sahaja yang yang menyilang terus dikaitkan dengan salib.
Sesunguhnya wahai teman kami Kristian menanda diri kami salib dengan membuat
tanda di dahi, di hati dan di kedua-dua belah bahu. Kami tidak membuat tanda
salib secara menyilangi tangan seperti gangnam atau pun menari setempat seperti
poco-poco. Jika kami melaukan itu, kami boleh dianggap menghina salib kami.
 |
sama tapi tak serupa |
 |
di Putrajaya |
Isu gaya
menyilang tangan atau kaki atau pergerakkan membentuk salib tidak akan
menggangu kita jika iman kita kuat. Seperti Sabda Yesus, walaupun iman kamu
sekecil biji sawi jika kamu menjaganya dan memeliharanya nescaya ia akan besar.
Nampak sangat iman anda tidak kuat. Iman kepada siapa? Iman kepada Tuhan yang
Maha Esa. Pencipta langit dan bumi dan segala isi langit dan isi bumi. Jika anda
rasa gangnam lagu dan tariannya adalah bertentangan dengan agama kita baik kita
sama-sama mendengar lagu Maher Zain. Merdu lagi penuh pengisiaan. Walaupun saya
mendengar lagu-lagu Maher Zain, Raihan dan sebagainya tidak pula tergerak
secara tiba-tiba untuk memeluk Islam. Itu adalah kerja Dia yang Maha Esa. Kita
harus jaga akidah kita wahai teman. Seperti di perhimpunan beliau di Putrajaya,
artis k-pop import dari Korea Selatan amat seksi dan speechless lah lagi
diterima walaupun secara akidahnya boleh menyebabkan kita terpesong kerana iman
kita yang amat nipis itu.
Fikir-fikir
dan renung-renungkan lah wahai teman. Yang baik kita jadikan sempadan. Kita
ambil yang jernih, kita buang yang keruh. Boikot sahaja jika kita tidak suka.
Yang kita melompat-lompat juga dengan irama gangnam ntah apa-apa ntah. Baik
lagi kita menari zapin ker mengajat ke lebih lemah lembut dan lemah gemalai.
Kalau tarian sumazau plak mereka medepakan tangan. Takut-takut orang cakap
nanti macam orang yang disalibkan pulak. Jangan marah haa..terpulang kepada
anda untuk memikirkan antara yang baik dan yang tidak baik.
WelcOmE
Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
0 comments:
Post a Comment