Thursday, March 21, 2013

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi UMNO vs PAS

Thursday, March 21, 2013

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi UMNO vs PAS
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
                Sejak akhir-akhir ini pemusuhan antara dua parti Melayu-Islam Malaysia ini semakin membuak-buak. Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin kedua-dua pihak tentang bantuan tunai kepada rakyat yang menggunakan jenama 1 Malaysia yang dipolopori oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap President UMNO.
                Kenyataan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat yang mengumpakan penerima BR1M seperti ayam yang diberi dedak. Manakala presiden PAS pusat Haji Abdul Hadi pula mengatakan bahawa ia sama seperti pada zaman Firaun yang memberi bantuan kepada rakyat seolah-olah menggalakkan rakyat bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.
                Maka, jika Pakatan Rakayt memerintah negara:
1.        akan tiadalah subsidi juga kerana subsidi adalah bantuan kerajaan kepada rakyat, hal ini kerana, rakyat mengharapkan subsidi bagi mengurangkan harga sesuatu barangan dan perkhimatan.
2.       Akan tiadalah pendidikan percuma kerana kesemua beban kewangan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah. Hal ini kerana, rakyat juga menerima bantuan daripada kerajaan dan mengharapkan kerajaan dalam pendidikan mereka.
3.       Akan tiadalah kesihatan percuma kepada rakyat. Rakyat memerlukan bantuan kerajaan untuk menampung kos perubatan di hospital-hospital kerajaan.

Oleh yang demikian, pastinya syarikat-syarikat konsesi Lebuh Raya akan menaikkan kadar tol kerana kerajaan tidak akan membantu rakyat mengurangkan kadar tol. Sepatutnya Abdul Hadi berfikiran terbuka kerana ada tertulis di dalam KItab Suci, walaupun seseorang ayah itu jahat (pemungut cukai adalah seorang yang dianggap jahat oleh masyarakat Yahudi pada zaman Yesus al-masih), beliau juga memberikan hadiah kepada anak-anaknya. Tidak lah beliau akan memberi ular kepada anaknya jika anaknya meminta roti. Ayah yang baik juga berbuat demikian, akan memberi roti jika anaknya meminta roti. Kenapa perlu disamakan dengan Firaun yang juga manusia yang tahu untuk berbuat baik kepada rakyatnya. Firaun juga menyalurkan banyak wang untuk membangunkan monument-monumen yang menjadi kebanggaan kepada rakyatnya. Firaun juga memberi pekerjaan yang baik kepada rakyatnya dan mengulikan orang-orang Yahudi (kaum pendatang di Mesir ketika itu) untuk membina Piramid Agung untuk dirinya sendiri.
                Kerajaan DAP di Pulau Pinang juga memberi bantuan RM100 kepada warga emas dan ibu tunggal dengan syarat mereka harus mendaftar sebagai pemilih dan tidak perlu bagi penerima BR1M. Benda yang sama tetapi jumlah yang berbeza oleh kerajaan yang berbeza dengan syarat yang berbeza.
                Mengapa pula Nik Aziz menggangap kita penerima BR1M sebagai haiwan yang akan datang berpusu untuk mendapatkan benda yang kita mahukan. Tahukah Nik Aziz bahawa di kedai Ramalan Nombor orang datang beramai-ramai dengan kemahuan untuk meneka nombor dan mendapatkan sedikit wang kemenangan. Sama seperti ayam tadi akan mengkais-kais tanah mencari rezeki berpusu-pusu mengkais tanah untuk mendapatkan rezeki dari usaha yang sedikit itu. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting