Friday, September 28, 2012

Bajet 2013

Friday, September 28, 2012
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.

bajet 2013 dibentangkan oleh Perdana Menteri yangg merangkap Menteri Kewangan pada 28 September 2012 menggambarkan sebuah bajet dacing yang agak seimbang. hampir kesemua lapisan masyarakat akan menerima manfaat dari peruntukkan yang telah dirancanakan. kesemua kemeterian mendapat sejumlah besar peruntukkan. namun pada kali ini, kerajaan lebih memandang kepada keperluan di Sabah dan Sarawak. antara contohnya iala, harga gas memasak di Bakalalan Sarawak dijual pada harga lebih RM70 walaupun secara dasarnya minyak dan gas di lombong di Miri. selepas kerajaan menanggung subsidi, penduduk di sana akan menikmati harga kurang RM30.(harap-harap lah, harga kat kampung saya harga setong gas warna hijau tu pun dah RM30.50) harga itu belum lagi dijual di ladang-ladang. tapi nasib baik lah kat ladang tu kebanyakkan pekerja dari Indonesia.
BR1m 2.0 diteruskan. mungkin ada peluang pekerjaan lagi selepas ini kerana selepas BR1M pertama banyak pekerja kontrak LHDN menganggur lagi. sekarang belia yang berumur 21 tahun keatas layak menerima BR1M. pastinya untuk meraih IM4U tu. sebab kebanyakkan belia yang berumur 21 tahun ke atas sudah mendaftar sebagai pemilih. jadi tidak hairanlah banyak ringgit yang diberikan kepada belia.
hanya harga rumah yang disenth oleh kerajaan berbanding harga kereta. bagus juga saya rasa. kalau harga kereta diturunkan, pastinya mereka yang berduit akan membeli banyak kereta. kemudian memandu kereta ikut suka hati mereka sahaja. jalan secara laju dan melulu tanpa memberi signal apabila masuk ke simpang dan sebagainya.
tiada apa yang menarik pada bajet ini secara keseluruhan. cukai ada yang dipotong dan ada yang ditambah. tiada beza. tapi mungkin memberi manfaat kepada sesetengah golongan.
pada anjuran 4.4% - 5.5% pertumbuhan, saya rasa ada banyak lagi pertumbuhan selepas ini. hal ini kerana, 5 koridor utama negara diberi perhatian pada bajet kali ini.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting