Saturday, June 28, 2008

Lebok (Rumah) Melanau

Saturday, June 28, 2008

Lebok(Rumah) Melanau merupakan sebuah rumah panjang kaum Melanau yang sedikit misteri. Lebok ataupun lamin dalam bahasa melanau klasik merupakah sebuah rumah panjang dan tinggi masyarakat melanau sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Tidak seperti rumah panjang kaum lain di Sarawak, lebok (rumah) panjang Melanau adalah tinggi dan berbentuk segi empat tepat dan bertingkat. Disamping itu, lebok (rumah) Melanau juga dikenali sebagai rumah tinggi Melanau. Kononnya sebagai kubu bagi kuam keluarga daripada bahaya. Sebagai contoh, apabila jika ahli keluarga terdengar sesuatu yang mencurigakan maka secara tidak langsung kaum keluarga tersebut merasakan diri mereka dalam keadaan bahaya. Jadi pada kebiasaanya ahli keluarga akan memasak air panas dan menyiram kearah bunyi tersebut. Sebenarnya tradisi itu masih berlaku sehingga sekarang. Contohnya, mak saya menyuruh saya memasak air panas apabila mendengar kucing mahupun anjing bergaduh. Apabila disiram(kena ataupun tak) kucing mahupun anjing tadi akan berhenti bergaduh. Berkesan kan.

Mengapa rumah panjang Melanau memiliki misteri? Lebok (Rumah) panjang Melanau mempunyai beberapa bahagian yang penting.

  1. Bilik

Bilik merupakan bahagian paling penting. Setiap ahli keluarga akan tinggal di dalam bilik masing-masing. Di dalam bilk ini, ahli keluarga akan melakukan aktiviti kekeluargaan. Biasanya bilik ini menyimpan baranagan berharga milik keluarga tersebut. Semakin penting keluarga itu di dalam lebok (rumah) Melanau itu maka semakin pentinglah bilik keluarga tersebut.

  1. Ruang tamu.

Ruang tamu lebok (rumah) Melanau merupakan pusat aktiviti seluruh ahli lebok (rumah) Melanau tersebut. Seperti rumah panjang kaum lain, ruang tamu merupakan tempat di mana seluruh ahli rumah itu berkumpul bagi sebarang aktiviti, perbincangan dan sebagainya. Namun yang demikan, ruang tamu lebok (rumah) Melanau tidak secanggih ruai kaum iban. Tiada perhiasan penting mahupun ukiran yang unik dipamerkankan. Hal ini kerana, kaum Melanau bukanlah kaum yang minat mengukir. Kabanyakkan ukiran yang dimiliki oleh orang Melanau berasal dari tempat lain. Contohnya dari negeri Siam(Thailand), Brunei, dan beberapa tempat lain di Sarawak (ketika itu).

  1. Dapur

Dapur lebok (rumah) Melanau pula agak unik. Sesetengah lebok (rumah) Melanau memiliki dapur mengikut bilik.jika terdapat 13 pintu maka terdapat 13 buah dapur tetapi kadang-kala hanya satu sahaja dapur untuk satu lebok (rumah) Melanau tersebut.

  1. Belanga (Kilang Sagu)

Sesetenga rumah panjang menyediakan kilang sagunya sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan lebok (rumah) panjang Melanau dahulu kala terletak berhampiran dengan sungai. Jadi rumah panjang terus disambung dengan Kilang sagu mereka sendiri. Semakin besar ahli rumah Melanau itu maka semakin besarlah kilang sagu mereka.

Walaupun kaum Melanau memiliki banyak khazanah yang tidak mampu dikorek, sebenarnya kebanyakan khazanah itu disimpan oleh orang-orang besar dalam lebok (rumah) Melanau itu. Biasanya seorang penghulu ataupun berstatus orang-orang kaya.

Kebesaranan sesebuah lebok (rumah) Melanau tidak terletak pada tingginya lebok (rumah) Melanau itu, tidak terletak pada panjangnya rumah itu mahupun berapa ramai ahli di dalam rumah panjang itu tetapi berapa kemampuan rumah panjang itu memiliki “Jerunei”. “Jerunei” merupakan “pyramid” tempat orang-orang kaya disemadikan. Semakin banyak ukiran pada kayu yang menegak yang menyimpan mayat itu maka semakin tinggilah status si mati dan rumah Melanau si mati itu. Mesteri bukan?

Namun yang demikian, pada kurun ke 19, khazanah ini semakin berkurangan, tradisi menyimpan mayat di dalam “Jerunai” semakin berkurangan. Bilangan lebok (rumah) Melanau pula semakin berkurangan. Kedatangan agam Islam dan kristian telah mengubah tradisi kaum Melanau. Mereka tidak lagi hidup di dalam satu lebok (rumah) tetapi berpecah bagi mendirikan lebok (rumah) persendirian yang wujud seperti sekarang. Walaupun kerajaan cuba mewujudkan semula tradisi itu seperti mendirikan rumah pangsa yang tinggi seperti lebok (rumah) tinggi Melanau, rumah teres seperti rumah panjang mahupun rumah berkembar yang mengumpulkan beberapa keluarga namun, masyarakat Melanau lebih memilih untuk memiliki rumah sendiri yang dikatakan lebih selesa.

Terima Kasih.

tuahku

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting