Sunday, May 18, 2014

Perkahwinan Masyarakat Melanau Mukah

Sunday, May 18, 2014
Majlis Perkahwinan Mr and Mrs Omar.
Adat dan istiadat perkahwinan melanau adalah hampir dan sama dengan masyarakat lain di Malaysia malah nusantara. Pengaruh melayu dan jawa jelas dalam adat dan perhiasan perkahwinan. Dalam era moden pengaruh agama Kristian dan Islam mempengaruhi adat dan istiadat melanau Mukah. Sebenarnya, pasangan pengatin melanau akan menghadapi tiga jenis perkahwinan yang lengkap dalam upacara perkahwinan mereka.

1) Perkahwinan Sivil.

Perkahwinan ini tertakluk kepada Akta 164 Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian) 1976. Wajib pasangan melanau itu mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara  dan ia adalah bersifat monogami.

2) Perkahwinan Agama

Baik Kristian mahupun Islam, kedua-dua mempelai wajib dinikahi oleh Rev. Paderi atau Tok Kadi. Perkahwinan Katolik tertakluk kepada Hukum Gereja Tahun 1983 (kan. 1141)

3) Perkahwinan Adat.

Perkahwinan ini diketuai oleh seorang orang tua yang pada kebiasaanya dilakukan oleh Penghulu Kampung. Perkahwinan terakhir ini boleh dilakukan selepas dua Perkahwinan Sivil dan Perkahwinan Agama selesai dilakukan. Perkahwinan adat ini lebih kepada bermaksud memberitahu kepada seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan orang kampung akan status pasangan mereka.

Kesimpulanya, sepasang pasangan pengantin melanau harus melalui ketiga-tiga proses perkahwinan sebelum mereka benar-benar sah berkahwin.


0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting