Monday, April 8, 2013

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Monday, April 8, 2013
Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
Damai dan salam sejahtera.
Permata 
Penulis tidaklah mengenali Ketua Menteri Sarawak ini dengan dekat kerana penulis tidak mengambil kisah sangat sebenarnya denga kekayaan beliau. Setahu penulis, mereka berasal dari Mukah. Pehin Sri dilahirkan di Miri membesar dan bersekolah di Miri. Secara tradisinya, penduduk Mukah memang gemar berhijrah mencari rezeki di tempat orang. Tetapi uniknya mereka ialah, sejauh mana pun mereka pergi, bahasa, adat dan identity mereka sebagai orang Mukah tidak pernah hilang.
                Pada awal penulis mengenali Ketua Menteri Sarawak, beliau kurang fasih berbahasa melanau. Beliau lebih banyak bertutur bahasa iban di campur sedikit dengan bahasa melanau. Tetapi apabila beliau kembali menduduki kerusi N51 Balingian, kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melanau tidak dapat disangkal. Kebanyakan ucapan beliau adalah di dalam bahasa melanau disamping bahasa melayu.
                Selepas berjaya dengan cemerlang membangunkan Asajaya kini giliran Mukah menerima sentuhan Idola Melanau. Namun, secara purbakalanya, hubungan masyarakat melanau dan iban tidak bergitu baik. Hal ini kerana tradisi masyarakt borneo sebagai “pemburu kepala” mengeruhkan hubungan sepulau ini. Namun, apabila Rajah Brooke menghapuskan amalan berburu kepala ini, banyak perkahwinan campur berlaku di kalangan dua penduduk pribumi Sarawak ini. Di mana usaha Pehin Sri?
                Seperti yang penulis katakana sebentar tadi, Pehin Sri amat fasih berbahasa Iban. Di situlah usaha utama beliau untuk menjernihkan hubungan para pemburu kepala ini. Penulis juga pernah mendengar khabar angina yang disampaikan oleh seorang Tuia Rumah bahawa Pehin Sri sudah berkahwin (sebelum akhirnya Pehin Sri mengahwini wanita Timur Tengah) dengan seorang wanita bidayuh di Kuching secara rahsia. TR juga mengatakan banyak tanah kaum mereka di rampas oleh Pehin Sri secara paksa. Namun dari apa yang penulis lihat dan alami sendiri kebanyakan rumah panjang Iban lebih cantik dan mewah daripada rumah berharga RM300K di Bandar Mukah. Walaupun tiada bekalan air dan elektrik 24 jam namun keadaan rumah mereka amat-amat cantik dan selesa walaupun terletak jauh di pendalaman kawasan Ulu Mukah. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting