Wednesday, April 3, 2013

Gaji Minima di Mukah

Wednesday, April 3, 2013

Gaji Minima di Mukah
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Bahagian Mukah rancak membangun setelah SCORE dilaksanakan di Sarawak. Mukah adalah pusat pentadbiran bagi SCORE. Ini secara langsung telswh membawa banyak perubahan kepada lanskap daerah Mukah yang dulunya hanya beberapa deret rumah kedai kayu di tebing sungai Mukah. Kini segalanya hampir semuanya berubah. Dengan jumlah kedai dan perniagaan meningkat dan jumlah penduduk semakin bertambah maka semakin banyak karenah yang kita lihat.
                Kebanyakan kedai-kedai di Bandar Mukah adalah milik masyarakat cina. Hampir 95% adalah milik mereka selebihanya milik kaum bumiputra. 99% kedai barangan runcit di Bandar Mukah adalah milik kaum cina dan hanya Noris Bundle sahaja milik kaum melanau. 75% kedai makan adalah milik kaum cina, 15% milik bumiputra dan 10% adalah berbentuk francais. 75% kedai kaum cina pula adalah milik kaum cina dari luar Mukah terutama dari SIbu, Sarikei, Kuching, Miri dan Semenanjung Malaysia. Orang Mukah sendiri memang tidak ada.
                Dalam sector kerajaan negeri pula, kebanyakan pekerja adalah dari daerah Kuching. Sector kerajaan Persekutuan pula kebanyakan dari pelbagai negeri di Malaysia manakala bagi jabatan berkanun memang selalunya dimonopoli oleh bukan orang Mukah. Mungkin amalan integrasi yang tinggi dilaksanakan oleh pihak yang berwajib menjadikan Mukah sekarang hampir 50% penduduk Mukah bukan orang Mukah.
                               

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting