Wednesday, December 12, 2012

Tarikh 12 Disember 2012

Wednesday, December 12, 2012

Tarikh 12 Disember 2012

Damai dan salam sejahtera kepada para pembabaca yang budiman.
Singkatannya ialah 12.12.’12..angka yang mungkin menarik kerana kita akan menunggu 100 tahun lagi untuk berjumpa dengan singkatan tarikh tersebut. Tetapi bagi saya angka itu hanya angka sahaja yang tidak memberi sebarang makna. Tetapi bagi orang lain tarikh itu adalah keramat. Dan dengan kekeramatan itu pastinya banyak yang akan dikaitkan dengan tarikh itu.
                Bagi yang bercinta mungkin tarikh itu akan menjadi satu tarikh yang romantic. Ada yang mungkin melangsungkan hari berbahagia seperti tarikh pertunangan dan tarikh penikahan. Tidak kurang juga yang sanggup melahirkan bayi mereka pada tarikh ini dengan melakukan pembedahan. Angka itu mungkin akan menjadi tarikh yang penuh dengan makna.
                Disebalik keceriaan tarih itu, ada juga kisah duka yang dikaitkan dengan tarih itu. sesetengah peramal hari kiamat meramal kiamat akan berlaku pada 12 disember 2012. Namun, jika kita melihat akan tanda-tanda hari kiamat walaupun semakin banyak tetapi hari itu pastinya tidak akan berlaku pada tarikh 12 12 2012.
                Banyak yang dikaitakan dengan bulan ke-12 kalender Gregory ini. Harus diingat, calendar ini adalah ciptaan manusia. Tuhan tidak menggunakan calendar manusia untuk meletakan hari kiamat. Yang Maha Esa hanya menggunakan hari-hari yang Dia jadikan untuk manusia.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting