Wednesday, October 17, 2012

Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Wednesday, October 17, 2012

PRU-13
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Petang tadi, kawan saya dari semenanjung bertukar-tukar pendapat tentang PRU-13. Menurut beliau, sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin memuncak terutama di selatan Semenanjung. Manakala, di Sabah pula peralihan politik semakin menjadi-jadi. Dalam masa yang sama, situasi politik di Sarawak adalah lebih tenang berbanding dua wilayah tersebut.
                Bagi pemerhati politik Sarawak, keyakinan terhadap BN pimpinan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih kukuh lagi. Walaupun dikaitan dengan monopoli keluaraga dalam perniagaan di Sarawak namun semua itu seperti satu kebanggaan bagi penduduk negeri ini. Kebijaksanaan politik beliau menjamin kedudukan beliau di puncak pemerintahan negeri.
                Bagi PR pula, isu-isu NCR-tanah adat dimainkan oleh pembangkang selain monopoli oleh keluarga Pehin Sri dalam tender-tender kerajaan. Selain itu, PR juga memainkan isu Perjanjian Malaysia selain isu-isu lama yang lain bagi meraih undi. Manakala pihak kerajaan pula masih memainkan isu pembangunan asas sejak hampir 50 tahun lalu bagi meraih undi. Tiada satu parti politik pun yang mahu menambah baik keadaan di Sarawak yang masih mundur terutama dari pihak Kerajaan Persekutuan seperti pembinaan sekolah luar Bandar yang semakin uzur. Pejaba-pejabat kerajaan Persekutuan yang baru dibina namun kelihatan seperti banguanan patent lama kerajaan persekutuan.
                Sesetengah kawasan kampung berdekatan Bandar masih mempunyai masalah kemudahan asas yang masih belum memuaskan. Perkhidmatan talian mudah alih dan internet juga menjadi masalah sesetengah penduduk pinggir Bandar dan kampung.  
                Kemudahan jaringan pengakutan di Sarawak dan keseluruhan Kepulauan Borneo misalnya masih amat membimbangkan. Syarikat penyelenggara seperti Cahaya Mata Sarawak Road Maintenance Sdn Bhd pula seakan-akan amat selesa dengan kedudukan mereka. Jalan-jalan yang diselenggara seperti melepas batuk di tepi tangga. Jalan yang ditampal seperti kita mamandu di atas papan telur yang disusun di atas jalan raya. Keadaan jalan Pan-Bornoe pula semakin parah terutama jalan Sibu-Bintulu yang selayaknya mempunyai empat atau enam lorong itu. keadaan jalan raya yang teruk dan rosak boleh dan menyumbang kepada kemalangan maut terutama pada waktu malam.
                Penguatkuasaan adalah kurang dititik beratkan di Sabah dan Sarawak. Sepatutnya kerajaan menyediakan lebih kemudahan dan kesedaran kepada semua pihak bawaha pentingnya penguakuasaan undang-undang supaya lebih telus dan berintegriti.  

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting