Damai..
Salam kepada semua pembaca yang budiman.
Hangat sekarang isu salib yang didemontrasikan oleh beberapa orang penduduk d selangor. Hanya kerana beberapa orang penduduk dengan isu yang amat sensitive. SALIB. Salib secara sinonimnya adalah melambangkan agama kristian. Manakala bulan dan bintang pula untuk agama Islam. Lambang salib dan lambang bulan bintang masing-masing diletakkan di bangunan yang digunakan sebagai tempat ibadat. Salib misalanya di gereja manakala bulan dan bintang di surau dan masjid. Tanda-tanda itu diletakan bagi menyenangkan "orang" untuk membezakan bangunan-bangunan.
Salib si gereja-gereja biasanya telah ditasbihkan oleh Paderi atau pastor-pastor yang merasmikan salib itu adalah salib lambang kristian. Tetapi jika persilangan antara dua garisan pula tidak dianggap salib walaupun dalam bahasa ingeris is disebut "cross" tetapi simpang empat.
Tiada masalah akidah sebenarnya jika tiada apa-apa atau tidak ada "orang" yang mahu mengambil kesempatan atas isu yang amat sensitive ini.
Tiada agama yang mengajar manusia untuk berbuat jahat. Hanya "orang" yang mengamalkan ajaran itu sahaja. Berfikir secara matang dan hidup lah dalam keharmonian dalam kepelbagaian.
Terima kasih.
Wednesday, April 22, 2015
Isu salib
Saturday, April 18, 2015
Pesta Kaul Mukah-Dulunya
Salam sejahtera kepada para pembaca budiman.
Kaul Tugek adalah pembuka tirai bagi setiap pesta kaul. Kaul ini boleh dikatakan sebelum para penduduk atau pengunjung menjamu selera dengan juadah masing-masing, ketua kaum akan mempersembahkan juadah di dalam seraheng kepada semangat ipok diiringi dengan doa atau yang biasa kita dengar seperti syair. Jika dahulunya, sesudah seraheng dipacak di "tugek" tempat di mana ipok menikmati juadah mereka seseorang akan menyanyikan nyanyian kepada para ipok. Penyanyi tadi akan menyanyikan syair di "tibow". Penyanyi tersebut selalunya adalah seorang wanita. Sesudah selesai, acara makan beradat mengambil tempat. Di sini, para tua-tua, muda-muda, serta kanak-kanak akan menikmati juadah istimewa bersama- sama warga kaul yang lain. Pesta kaul ini, mungkin berlanjutan sehingga ke petang jika terdapat acara-acara sampingan yang lain. Antara dulunya ialah;
- ratu cantik. Dulunya, ratu cantik hanya dipilih oleh orang tua-tua atau lebih tepat mereka yang memegang jawatan seperti penghulu dan ketua kaum. Peserta pula dari kalangan anak gadis yang menghadiri pesta tersebut sahaja. Kesemua yang hadir di pesta itu adakah peserta tanpa perlu mengisi borang penyertaan. Dulunya, setiap anak gadis tidak akan tahu siapa yang akan dipilih menjadi ratu cantik kerana dulunya, penghulu yang akan mengumumkan siapa teluwieh jinih bagi edisi tahun itu tahkala si gadis sedang menikmati makanan kesukaan beliau.
-pertandingan gasing. Dulunya, permainan ini seakan wajib di setiap pesta kaul. Selalunya pertandingan ini diadakan selepas selesainya pesta makan beradat.
Terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti kaul yang secara ttadisinya dimainkan oleh masyarakat melanau di Sarawak. Permainan tibow misalnya dimainkan sepanjang pesta diadakan. Permainan tempurung kelapa, malah tarik tali juga diadakan bagi memeriahkan pesta setahun sekali kaum melanau itu.
Namun kini, kita amat bertuah kerana selain Pesta Kaul Mukah, kita ada Pesta Kaul Petanak, Pesta Kaul Sg Kut Muara, Pesta Kaul Oya dan pesta kaul yang diadakan disetiap muara sungai sepanjang pantai di bahagian Mukah.
Thursday, August 7, 2014
kepulauan borneo amat setia akan konsep malaysia. ada rakan kita di laman sosial mengatakan, kita harus berbangga duduk semeja dengan semenanjung malaysia tapi masalahnya sekarang ialah malaya yang makan banyak berbanding sabah dan sarawak. lebih teruk lagi kita yang bayar makanan yang malaya makan.
kawan tetap kawan kan. tapi makan biar sama-sama. biar sama-sama kenyang. baru adil.
Wednesday, August 6, 2014
AHLI SEJARAH
salam sejahtera kepada para pelayar internet sekalian. apa khabar? sibuk sekarang membaca catitan sejarah di laman-laman sosial yang seakan-akan semakin banyak dan semakin mengelirukan. beberapa tahun dahalu sejarah dan tarikh memang amat tidak disukai. mana nak ingat nama tokoh tarikh dan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku sehingga ada segelintir pihak yang membangkitkan tarikh-tarikh penting dalam lipatan sejarah kita. kewujudan Persekutan Malaysia bermula apabila Tunku Abdul Rahman mahu menggabungkan bekas tanah jajahan British dalam satu gabungan Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur. British melihat cadangan itu sebagai satu yang baik.maka, british pun memperkenankan cadangan Tunku. namun british melihat kepulaua Borneo belum bersedia untuk pemerintahan sendiri atas beberapa faktor. kemusnahan teruk semasa perang dunia kedua seakan-akan kepulauan borneo tidak bersedia lagi untuk merdeka dari british. oleh yang demikian cadangan Tunku tu dipekenankan oleh british.


