Wednesday, April 3, 2013

Jabatan Tenaga Kerja- Dasar Gaji Minima

Wednesday, April 3, 2013

Jabatan Tenaga Kerja- Dasar Gaji Minima
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Kerajaan Malaysia telah menetapkan perlaksanaan gaji mimima bagi pekerja swasta sebanyak RM900 di Semenanjung manakala RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa 1 Januari 2013.
                Namun, terdapat majikan yang masih liat untuk membayar gaji serendah RM800 di Sarawak. Tidak tahu di mana silapnya kerana pihak yang bertanggungjawab menyatakan bahawa mereka telah mendapat persetujuan daripada wakil-wakil majikan swasta tentang gaji minima ini. Mungkin seperti kebanyakkan kes  pungutan suara yang menggunakan suara ramai, terdapat pihak majikan merasakan ini adalah membebankan. Misalnya pengusaha kedai-kedai makan yang beroperasi kurang 12 jam. Namun, jika sesebuah “superstore” gagal melaksanakan gaji minimum adalah satu yang menjangkalkan kerana selalunya purata jualan sehari untuk sebuah kaunter ialah RM5000 ke RM10000 jika pada hari hujung minggu cuti umun malah lebih jika pada hari-hari perayaan.
                Kesan perlaksanaan gaji minimum ini sebenarnya adalah terus kepada para majikan dan para pengusaha perniagaan di kawasan sekitarnya. Antaranya ialah dapat menarik lebih banyak lagi tenaga kerja kerana gai yang ditawarkan kepada mereka lebih baik dari sebelumnya. Ini akan dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di kawasan setempat. Oleh yang demikian, Para penduduk mempunyai lebih wang untuk dibelanjakan.
                Secara tidak langsung ia akan dapat merancakkan pertumbuhan pendapatan majikan itu sendiri. Misalnya, para pekerja di kedai pakaian, mereka yang terawal melihat pakaian-pakaian baru yang cantik dan rangi. Mereka akan menyimpan pakaian in dan akan membelinya apabila mereka menerima gaji. Jika gaji mereka hanya RM500, maka mungkin hanya sehelai baju yang mampu mereka beli, namun jka gaji mereka RM800 ke RM900 mereka mungkin dapat membeli dua atau tiga pasang pakaian dari kedai majikan mereka sendiri.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting