Wednesday, April 3, 2013

50 TAHUN SARAWAK MERDEKA

Wednesday, April 3, 2013

50 TAHUN SARAWAK MERDEKA
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
50 tahun Sarawak memerintah sendiri negeri yang kaya dengan sumber ini namun kita masih ketinggalan 20 tahun dari segi pembangunan berbanding dengan wilayah Semenanjung. Di manakah silapnya. Adakah Sarawak memerintah sendiri kerajaan ini KERANA kita terpaksa menunggu peruntukan kewangan dari kerajaan pusat untuk membangunkan negeri sendiri?    Kita terpaksa menunggu kelulusan untuk membina sesuatu untuk kegunaan rakyat yang palling kurang pun akan diluluskan kalau dekat-dekat dengan pilihanraya atapun jika “pemimpin atasan” datang menjenguk kawasan kita. Maka akan adalah “buah tangan” yang akan diumumkan nanti.
                Misalnya buah tangan semasa kempen “pemimpin bersama pelajar” di SMK Three Rivers , Mukah pada 2005 yang bercakap tentang sekolah Perdana namun pada hari ini keadaan sekolah itu lebih kurang sama saja semasa kami masih bersekolah di sana. Lagi pun semasa majlis tersebut, para pemimpin, ibu bapa dan para vip duduk di dalam Dewan Utama Sekolah manakala pelajar pula duduk di luar dewan. Kemudian pada akhir majlis pula para VVIP, VIP dan para tetamu menjamu selera di bawah “tapeu” manakala para pelajar di dalam Dewan Makan. Maksudnya Pemimpin Bersama Pelajar itu bukan bersama pelajar tetapi bersama VVIP, VIP dan para tetamu sahaja. Ia mungkin disebut sebagai  pelajar kerana acara itu dilakukan di sebuah sekolah yang dalam masa yang sama merasmikan laman web sekolah dan bangunan Tapeu sekolah sahaja.               
                Kita lihat di kawasan Bandar Mukah selama 50 tahun Sarawak merdeka dari British dan 50 tahun bersama Malaysia bangunan Menara Pehin dan bangunan Pentadbiran Baru Mukah yang besar itu sahaja yang ddidirikan oleh kerajaan negeri manakala kerajaan persekutuan pula hanya Wisma Persekutuan “old stlye” sahaja yang ada di Mukah. Mungkin kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih kepada pendidikan tinggi di Mukah. Pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjiran dengan Politeknik Mukah boleh dijadikan pengukur kepada kesungguhan kerajaan Persekutuan dalam memberi lebih pilihan kepada belia Mukah untuk menuntut ilmu.
                Penduduk Mukah pula mahu sebuah Lapangan Terbang yang dijanjikan oleh kerajaan semasa pilihanraya umum ke 12 lalu bagi menggantikan landasan kapal terbang yang dibina oleh British selepas perang Dunia ke-2 di Mukah. Namun, kerajaan negeri mengambil inisiatif meng”upgrade” landasan kapal terbang bagi membolehkan pesawat yang lebih besar mendarat di Mukah.
                Penduduk Mukah juga tidak mengira sangat tentang keadaan jalan raya mereka kerana bagi kami jalan berturap adalah lebih baik dari jalan pasir. Namun yang demikian, kita boleh merasakan ada “bump” di tengah-tengah jalan raya dan terangkat bila berada di bulatan Bandar Mukah yang banyak itu.
                

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting