Thursday, March 14, 2013

Melanau di Kampung Halaman dan di Perantauan

Thursday, March 14, 2013

Melanau di Kampung Halaman dan di Perantauan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Melanau sejak dari zaman dahulu lagi adalah perantau. Walau sejauh mana pun mereka merantau, mereka tetap akan pulang ke kampung halaman mereka. Sejauh mana pun mereka pergi, kampung tempat tumpah darah mereka tetaplah mereka akan kenang.
                Bagaimana keadaa melanau di “Land Of Melanau”? seperti mana yang kita sedia maklum, kampung halaman melanau adalah sepanjang pesisiran pantai negeri Sarawak. Pusat bagi masyarakat melanau ialah di Mukah yang secara tradisinya menyimpan banyak sejarah dan keasliannya yang tersendiri. Misalnya, Yang Amat Berhormat Pehin Seri, Ketua Menteri Sarawak yang dilahirkan di Miri, kemudiannya menyambung pelajaran diperingkat tertinggi di negara orang. Kemudian, beliau kembali ke Sarawak. Menceburi diri dalam bidang politik dan menabur jasa di bumi Samarahan (kerusi Parlimen di mana beliau menjadi wakil rakyat) dan Asajaya (kerusi DUN) sebelum penduduk Mukah meminta beliau kembali ke Mukah asal nenek moyangnya.
                Walaupun beliau fasih berbangsa Inggeris dan mungkin beberapa bahasa yang sering dituturkannya namun, bahasa melanau tidak pernah untuk beliau lupakan. Buktinya, beliau masih boleh berbahasa melanau semasa berucap di konsesi Balingian. Sebenarnya, kebanyakkan masyarakat melanau yang tinggal di luar Mukah masih menitik beratkan anak-anak mereka untuk bertutur dalam bahasa melanau. Menurut seorang nenek yang menetap di Kuching sejak berpuluh tahun dahulu, beliau tidak mahu identity bangsanya lenyap kerana tinggal di tempat orang. Hasilnya, kesemua anak-anak dan cucu beliau boleh berbahasa melanau dengan baik.
                 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting