Friday, September 14, 2012

16 September 1963

Friday, September 14, 2012

16 September 1963
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
                Bicara Rakyat antara program bicara antara paling matang yang saya tonton daripada Bicara Kampus yang lita boleh Nampak beza pengetahuan dan pengalaman mereka. Pada September 14, 2012 jam 2100 program Bicara Rakyat menemukan tiga ahli panel dari tiga wilayah dari tiga bidang yang berbeza di negeri yang sekarang sedang bangkit semangat politiknya. Walaupun saya hanya sempat menonton 15 minit tetapi kita boleh tontong lagi di Youtube.com.
                Walaupun hanya 15 minit saya rasa saya berada pada tempay yang betul dan pada masa yang betul, salah seorang ahli panel merupakan wakil parlimen dari Sabah menjawab soalan tentang isu paling panas di Sabah ketika ini. Perkara 20. Kedudukan Sabah sebagai negara semasa pembentukkan Malaysia. Seperti yang beliau ramal soalan itu akan “naik” beliau telah menyediakan teks untuk jawapan  itu. salah satu yang berhormat sebut ialah “salah satu dari 14 negeri” menurut suruhanjaya Cobbold. Menurut beliau Sabah dan Sarawak bergabung dengan sebelas negeri di Malaya bersama Singapura. Perkara itu juga diucapkan oleh Tun Fuad Stephen semasa Malaysia diisytiharkan pada 16 September, 1963.
                Jawapan Yb itu amat meyakinkan saya tentang suruhanjaya bebas itu dan diterima oleh majority penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi perkara 20 terutama Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa rasmi. Maka giliran Profesor menjawap bahawa konsep wilayah Sabah yang terletak dalam kalangan wilayah nusantara tidak memungkinkan menaikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Bagi saya uga bahasa inggeris sukarr untuk dijadikan bahasa rasmi kerana kalau saya cakap bahasa inggeris mungkin tidak ada yang nak naca blog saya. Macam blog saya yang sat utu. Sedikit sahaja orang Malaysia yang baca. Jadi baik saya update yang bahasa melayu sahaja. Satu lagi perkara yang orang Sabah tidak bising. Hak imegresen mereka. Tidak seperti di Sarawak, pelawat di Semenanjung tetap akan menggunakan passport untuk masuk ke Sarawak.
                Bagi wakil SarawaK Tuan Doktor anak antara anak Sarawak paling bijak mengatur langkah dan bicara. Ayat-ayat doctor itu betul-betul penawar kepada pelbalahan rakyat Malaysia. Walaupun kita berbeda pendapat, ideology dan sebagainya kita hanya bertikam lidah. Kita masih lagi rasional untuk berfikir. Kita masih boleh makan semeja walaupun sebelum ini kita bertekak dalam satu-satu perkara.      
                Ini sebenarnya akan mematangkan lagi pemikiran rakyat Malaysia. Kerajaan masih dapat mengawal keadaan dan hak-hak semua rakyat Malaysia dengan baik. Namun yang demikian, kerajaan perlu lebih adil dan saksama dalam memenuhi hak-hak setiap penduduk di Malaysia. Walaupun parti politik kita masih berunsurkan perkauman namun sedikit sebanyak diperbaiki dengan kekuatan parti berbilang kaum di Malaysia. Apa yang sama mahu tekankan di sini ialah jangan kerana mahu kekal berkuasa satu dua perkara penting kita sembunyikan. Kerana mahu terus memerintah kaum dia sahaja di belanya. Kami berharap orang pulau Borneo lebih perhatian. Tambahkan yang kurang tingkatkan kemajuan. Peace yoo

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting