Friday, April 5, 2013

Kerajaan Sementara

Friday, April 5, 2013

Kerajaan Sementara
Damai dan salam sejahtera,
Tiba-tiba pada pembubaran Parlimen 3 April 2013 lalu menimbulkan satu istilah baru iaitu “Kerajaan Sementara”. Ia tiba-tiba menjadi popular kerana jika DUN dan Parlimen dibubarkan maka ketua kerajaan pusat dan negeri juga secara automatic meletak jawatan sehingga mereka dilantik semula selepas keputusan Pilihanraya.
                Selalunya di Malaysia, Perdana Menteri dan ahli cabinet Persekutuan akan terus menggunakan gelaran menteri masing-masing semasa berkempen. Ini menunjukkan walaupun Parlimen telah dibubarkan namun mereka masih mempunyai kuasa eksekutif untuk mentadbir negara selama 60 hari atau sepanjang tempoh pilihanraya dijalankan. Ini kerana, menunujukkan kepada kita bahawa tiga badan utama iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana badan walaupun ketiga-tiga badan itu masih di bawah Yang Dipertuan Agong.
                Walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan, Dewan Negara tidak terlibat dengan pembubaran Parlimen. Ini juga bukti bahawa kebebasan amalan demokrasi di Malaysia adalah semakin matang. Undang-undang masih dapat dibahaskan walaupun semasa Parlimen dibubarkan.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting