Kekayaan Negeri Sarawak Kekayaan Bersama?
Damai dan
salam sejahtera.

Dari segi infratruktur terutama
jalan raya, penduduk Malaya yang berkunjung ke Kepulauan Borneo pastinya
tergelak kerana keadaan jalan raya yang bertampal, berlubang dan berbandul di
sini sana. Perdana Menteri sendiri pernah menaiki bas Rapid Kuantan pada tahun
ini namun jika beliau menaiki bas dari Kuching ke Mukah pastinya beliau akan
merasai nikmat duduk di dalam bas di Sarawak. Itu belum lagi menikmati
sepenuhnya kenikmatan jalan raya Sarawak. Beliau harus menaiki kereta Perodua
Kancil dari Sibu ke Mukah. Ntah berapa lama pinggang beliau mampu menahan azab
jalan raya Sibu –Mukah.

Tidak ada apa yang harus
dibanggakan semasa 50 tahun Sarawak bebas dari Jajahan Mahkota British pada 22
Julai 1963 kemudian menyertai Malaya, Borneo Utara dan Singapura membentuk
Malaysia pada 16 September 1963. Walaupun secara reality nya kita merdeka namun
keputusan kita masih bergantung kepada keputusan kerajaan pusat. Jika kerajaan
puat kata tidak ada maka kerajaan negeri juga akan mengatakan tidak ada. Jika
kerajaan pusat kata tunggu maka kita juga akanmenunggu.
0 comments:
Post a Comment