Friday, September 14, 2012

Bicara Kampus lagi

Friday, September 14, 2012

BicaraKampus Lagi
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Bicara kampus bukanlah satu program bual bicara yang asing bagi kita. Mereka juga menampilkan isu-isu yang baru dikalangan belia remaja.
                Namun yang demikian topic Integrasi nasional yang di siarkan baru0baru ini betul-betul kasi tebal muka orang Borneo. Adakah patut kemajuan Sarawak diukur dengan adanya McD di Kuching. Nasib baik exco pemuda UMNO dari Sabah menyebut kemajuan bukan diukur dari berdirnya McD di sesuatu tempat. Seolah-oleh “beliau” memperli orang Sarawak dengan makanan yang eksotik itu.
                Mahasiswa itu juga menyebut kita orang Borneo suka untuk menjadi petani dan nelayan. Amboi cik abang. Dasar pecah dan perintah punya konsep tu. Kalau saya jadi Perdana Menteri memang salah satu bidang yang paling saya utamakan ialah Pertanian, Penternakan Dan Perikanan. Di negara-negara maju terutama Jepun golongan ini merupakan golongan paling kaya. Mereka tidak menanam sayur menggunkan cangkul tetapi mesin berteknologi tinggi. Penternakan pula di kawal berasakan teknologi terkini. Manakala perikanan pula berdasarkan teknologi semasa. Ini yang sepatutunya mahasiswa dan mahasiswi tu kongsikan. Cadangan yang membina bagaimana untuk membina integrasi nasional. Sarawak mempunyai hub hala dan pendaratan ikan terbesar di dunia namun pendaratan ikan masih agak jauh dai sasarakan kerana kekurangan teknologi. Projek jelapang padi pula masih belum menunjukkan kejayaan kerana kesilapan pelan pembangunan. Jika ya orang Sarawak mahu kekal sebagai petani dan nelayan mereka adalah petani, penternak dan nelayan moden. Seperti di Sabah, mak cik rumpai laut menjadi usahawan yang Berjaya melalui rumpai laut. Tiada yang mustahil. Namun, dari nada dan ketegasan siswa itu seolah-olah dia mengkaji sangat dalam kehendak orang Borneo yang bercita-cita hanya menjadi petani dan nelayan.
                Selain itu, mahasiswa itu juga mengatakan bahawa pusat pentadbiran kerajaan di Semenanjung dan wajar peruntukkan lebih kepada Semenanjung. Ini memang tidak boleh diterima sama sekali. Jika bergitu baik sebelum Malaysia terbentuk bagus mereka letak pusat pentadbiran di Brunei. Pasti brunei akan menyertai Malaysia. Terlalu meterialistik lah siswa itu. jawapan yang diberikannya terlalu kebudak-budakan. Perkara integrasi nasional bukan lah topic yang terlalu sensitive tetapi huraian mereka sebagai ahli panel mensinsestifkan isu itu.
                Mungkin ini semua adalah pandangan orang-orang berpelajaran dan golongan muda. Mungkin mereka mahukan seperti di Amerika namun harus diingat Rome tidak dibina dalam satu hari jangan marah haa.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting