PRU13 dan Tentera kesultanan Sulu
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Semakin dekat kita dengan
Pilihanraya Umum Ke-13 yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat
Malaysia tiba-tiba tercetus pula accident pencerobohan oelh sepasukan tentera
yang mengelarkan diri mereka sebagai “tentera Kesultanan Sulu”.
Adakah ini mainan politik oleh
kedua-dua belah pihak.? Di pihak kerajaan ia bukan satu konspirasi bagi
melengah-lengahkan PRU13. Apatah lagi lapan nyawa anggoga keselamatan negara
terkorban. Seorang remaja tempatan turut terbunuh. Dan juga mengorbankan banyak
nyawa dari pihak penceroboh. Nyawa bukan taruhan untuk menang dan mengusai
parlimen dan negara. Nyawa adalah segala-galanya.
Di pihak pembangkang, mereka
menggangap pencerobohan ini sebagai konspirasi kerajaan untuk
melambat-lambatkan pilihanraya. Andaikata kerajaan tidak membubarkan parlimen,
parlimen secara automatic akan terbubar
dengan sendirinya. Dan secara tradisinya, parti yang menang dalam PRU12 akan
menjadi kerajaan sementara sehingga kerajaan baru dibentuk selepas keputusan
pilhanraya diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM).
Lebih mengeruhkan keadaan, pihak
pembangkang mendakwa, ini adalah konspirasi UMNO dan kerajaan BN kerana mungkin
ada pihak tentera kesultanan Sulu ini mempunyai kad pengenalan Malaysia. Hal
ini menurut mereka, pemberian kad pengenalan Malaysia oleh kerajaan Malaysia
semasa era Tun Dr Mahathir telah memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah
bagi merampas semula Sabah dari pihak pemangkang pada ketika itu.
Mungkin juga pencerobohan ini
dalang pihak pembangkang kerana jika kerajaan membubarkan parlimen pada awal
Februari maka, negeri-negeri yang diperintah pembangkang pastinya belum
bersedia kerana banyak lagi isu-isu tertunggak yang masih belum mereka
selesaikan. Akibat merasakan tarikh semakin hampir, mereka “menjemput” puhak
luar mengacau bilaukan negara bagi melambatkan PRU13. Hal ini tidak mustahil
kerana semasa pemberian kerakyatan di Sabah pada era Tun M, bekas timbalan
beliau dan sekarang ketua Pembangkang terlibat dengan usaha merampas Sabah dari
pihak pembangkang pada 1990-an.
Apa-apa pun andaian yang kita
buat, kedaulatan negara bukan untuk diperjudikan. Akibat kealfaan Kesultanan
Sulu dulu lah yang menggadaikan tanah pemberian Sultan Brunei itu mereka kepada
pihak Inggeris telah mengakibatkan mereka kehilangan pemberian itu
selama-lamanya. Kerana, ada tertulis di atas perjanjian itu, Sabah(pantai
timur) diserahkan kepada Inggeris dan perjanjian itu sah selagi adanya Bulan
dan Matahari.
0 comments:
Post a Comment