Sarawak Tiada Kaitan Dengan kesultanan Sulu
Damai dan salam sejahtera kepada
para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Berhubung dengan kenyataan
penulis di dalam Group Likeu Mukah Teleu tentang statement tersebut, penulis
sebenarnya merujuk kepada berita di muka depan akhbar Utusan Borneo: Khamis; 7
Mac 2013 bersamaan dengan 24 Rabiulakhir 1434H.
Sebelum berita itu keluar di
akhbar, seorang kawan penulis di Sabah memberitahu penulis bahawa Tentera
Kesultanan Sulu mahu menyerang Sarawak tapi tidak tahu di bahagian mana yang
akan mereka akan serang. Maka, dua berita besar itu penulis simpulkan bahawa
“Sarawak tiada Kaitan Dengan Kesultanan Sulu” dan tiada kena mengena dengan 500
anggota, pegawai PGA Sarawak di hantar ke Sabah menurut muka depan akhbar
Utusan Borneo; Rabu, 6 Mac 20133 bersamaan dengan 23 Rabiulakhir 1434H.
Mengapa penulis mengatakan
“Sarawak Tiada Kaitan Dengan Kesultanan Sulu”?
Sejarah
mengatakan bahawa Sarawak dari awal kurun lagi telah berada dibawah
pemerintahan Srivijaya dan Majapahit seterusnya Kesultanan Brunei sejak dari
kurun ke-19 lagi. Itupun hanya kawasan pinggiran pantai negeri Sarawak yang ada
sekarang. Selebihnya addalah milik penuh para pembesar tempatan. Kemudian 1841
Sarawak bertukar tangan dari Sultan Brunei kepada Rajah Putih Brooke kerana
Sultan Brunei ketika itu gagal dalam menepati perjanjian antara Sultan dengan
Gabenor Sarawak.
Rajah Putih ke-dua terus
meluaskan wilayah Sarawak dari Sungai Sarawak ke Samarahan ke Simanggang,
Sarikei, Kapit, Sibu, Mukah, Bintulu , Miri sehingga ke Lawas. Rajah Brooke
juga menawarkan pemberian wang kepada Sultan Brunei ke atas tanah-tanah yang
telah diambil oleh Brooke. Tradisi itu sebenarnya masih dilakukan sehingga
sekarang.
Begitu juga halnya denga Sabah,
selain dibawah Kesultanan Sulu, Sabah juga dibawah Kesultana Brunei dan para
pemimpin tempatan yang lain. Namun pada hakikatnya, wilayah pantai timur Sabah
itu masih dibayar sewa oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM5300 setahun.
Tuntutan Filipina keatas Sabah
President Diosdado
Macapagal ketika berada di atas kapal USS Oklahoma City pada tahun 1962
Pada 12
September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara telah diserahkan oleh Sultan Sulu
yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail
E. Kiram I, kepada Republik Filipina.[7] Penyerahan ini telah memberikan
kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak ke atas Sabah di Mahkamah
Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan
diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan
Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki
semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.[8] Sehingga sekarang, Malaysia terus
menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas
Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.[9] Lanjutan dari itu, Sabah melihat
isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro
Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak
diendahkan. [10]
0 comments:
Post a Comment