Negara Kita Tanggungjawab Kita
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Setiap negara yang
wujud di muka bumi ini adalah diiktiraf kewujudannya oleh negara-negara anggota
PBB. Namun, Malaysia tidak mengiktiraf sebuah negara yang dianggap “penceroboh
kedaulatan” negara orang.
Jika “Tentera Kesultanan Sulu”
berjaya merampas dan membina negara sendiri yang merdeka di Sabah,
negara-negara lain yang mempunyai hubungan diplomatic dengan Malaysia tidak
akan mengiktiraf negara itu dan kerajaannya kerana menurut undang-undang
antarabangsa, tidak boleh menceroh negara lain yang merdeka. Tiada lagi negara
yang merdeka melalui pencerobohan seperti mana Israel yang direstui oleh United
States of America.
Kerajaan Kesultanan Sulu telah berjuang
sejak dari zaman penjajahan Amerika Syarikat, Sepanyol dan kerajaan Filippina
itu sendiri namun gagal membebaskan diri mereka. Sekarang mereka menentang
kerajaan Malaysia bagi merealisasikan impian mereka untuk mewujudkan negara
Kesultanan Sulu. Andaipun mereka berjaya, mereka tidak akan dapat mengecapai
kejayaan yang dinikmati oleh rakyat negeri Sabah selama bersama Malaysia.
Baik di mana pun kita berada di
Bumi Malaysia, negara ini tetap tanggungjawab kita. Sebagaimana bencinya kita
dengan pemimpin negara yang dipilih majority rakyat melalui pilihanraya Umum,
Negara Kita Tanggungjawab Kita. Jangan jadi tali barut orang lain yang hanya
mahu menghisap kekayaan bumu kita. Jangan jadi petualang negara demi mencapai
cita-cita untuk menjadi kuasa terulung di dalam negara sedangkan orang lain
tersenyum dek kebodohan kita sendiri.
Kita mungkin tidak mampu untuk
menjadi benteng si ikan todak namun, pasti ada batang pisang yang mampu untuk
menjadi benteng pertahanan. Jika kita tidak kuat tidak segagah hang Tuah
bersaudara, kita masih mampu untuk mempertahankan kedaulata negera andai kita
benar-benar menyintai Ibu Pertiwi kita. Semoga roh-roh para pejuang Negara
Malaysia ditempatkan Tuhan bersama-sama dengan mereka yang syahid/ death in
Stephen in the peaceful Eden.
0 comments:
Post a Comment