Isu gangnam
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Isu yang
semakin panas daripada biasa. Sama seperti isu yoga dan tarian poco-poco isu
gangnam telah mengubah gaya tarian orang-orang “Malaysia”. Timbul pula gaya dan
tarian gangnam ini menyerupai salib dan mengajak penarinya “menerima” yahudi.
Setahu saya gangnam ini berasal dari Korea Selatan. Adik beradik kepada k-pop.
Seperti biasa Korea Selatan akan selalu dicemburui oleh pesaingnya baik dari
segi kemajuan teknologi dan juga seninya.
Pemusuhan
agama besar dunia yang juga adik beradik ini memang tidak akan berkesudahan.
Buddhist adalah pegangan ramai penduduk Korea Selatan. Hanya majority kecil
yang beragama kristian dan Islam. Yang pasti agama yahudi tidak wujud di sana
kerana agama yahudi juga merujuk kepada sebuah bangsa iaitu bangsa yahudi. Jika
dia yahudi maka dia beragama yahudi dan berbangsa yahudi. Pencipta lagu dan
tarian gangnam dikatakan pernah belajar di U.S.A di mana bangsa yahudi juga
sudah lama bertapak di sana. Orang Korea Selatan berpegang teguh kepada adat
dan tradisi mereka sama seperti orang Jepun. Mereka ini sukar untuk dipengaruhi
tetapi mudah untuk meniru kejayaan orang lain dengan gaya mereka sendiri. Jadi
saya rasa pencipta gangnam ini seorang yang kretif kerana menurut sumber yang
boleh di percayai gangnam juga merujuk kepada nama tempat di Korea Selatan
bersempadanan dengan Korea Utara.
Dikatakan
gerak tarian ini menunjukkan tanda salib iaitu pergerakkan penyilangan tangan.
Biasalah dalam tarian semua pelibatkan pergerakkan tangan. Jika + saja
dikaitkan dengan salib, ada beribu macam + juga perlu dikaitkan dengan salib.
Simpang empat misalnya. Ya ia sebuah jalan. Kita lihat papan tanda. Gambaran
salib. Dalam matematik symbol tambah juga berbentuk salib. Dalam tulisan kita
pun ada huruf tyang berbentuk salib. Di bendera kebanyakkan negara “orang
putih” pun ada lambang salib. Dalam logo Barcelona juga ada symbol salib.
Sebenarnya
kita adalah saling bergantungan sama lain. Seperti di FB, foundernya “orang
Yahudi”. Jadi secara tidak langsung kita juga mengikut cara Yahudi untuk
berkongsi cerita. Tidak akan timbul isu agama atau penyembahan dalam sesuatu
lagu yang bersifat komersial. Seperti lagu Dear God dan Maria yang dinyanyikan oleh banyak orang tidak
pula diharamkan di Malaysia. Ia bergantung kepada penerima akal kita untuk
berfikir. Bak kata pepatah MELAYU, ambil yang jenih buang yang keruh. Asalkan
kita tidak lalai dengan duniawi yang serba sementara kita tidak akan sesat.
Jika kita sibuk dengan usaha sesetengah orang untuk bertekak samapai bila pun
kita tidak akan ingat untuk beribadah. Mengapa sedikit sangat yang bercakap
pasal surah Yasin, ayat seribu dinar? Yang rajin membaca doa Rosari? Pasti
tidak ramai yang membaca Holy Koran dan Holy Bible kerana banyak sangat masa
nak berFB. Gago menglike dan mengomen status orang.(sama macam aku). Perkara
itu seakan budaya dan trend baru ilham Mark. Secara sengaja atau tidak, beliau
telah mengubah landskap baru dunia maya. Dari perkongsian gambar antara pelajar
kolej kini telah menjadi fenomena sejagat.
Fikirlah
secara mendalam dan menyeluruh. Isu gangnam belum lagi mengatasi isu
anti-Christ. Bersiap dan berjagalah sentiasa wahai teman. Jengan marah bah..
0 comments:
Post a Comment