Friday, September 7, 2012

dimaafkan

Friday, September 7, 2012

TV3 memohon maaf.
Mukah jiran Bintulu
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Amboi, maaf je ke? Zahir dan batin tidak ker? Pengacara cantik manis ayu menawan tetapi kalau minum susu lembu juga macam tu lah juga. Permohonan maaf itu keluar setelah satu kenyataan yang nenyinggung penduduk Bintulu khasnya dan Sarawak sacara keseluruhannya”terkeluar” secara “tidak sengaja” oleh pengacara TV3 yang bakal menyiarkan sambutan hari Malaysia peringkat kebangsaan di Bintulu pada 16 September ini. Kenyataan Bintulu “daif” menyebabkan satu tamparan hebat keatas pengacara “hebat” itu.
                Bintulu dulunya sebuah bekas perkampungan nelayan sebelum penemuan petroleum menukar landskap Bintulu menjadi salah sebuah wilayah pengeluar minyak dunia. Bintulu juga pernah mencatatkan sejarah tersendiri apabila pusat menapisan minyak terbesar di dunia milik LNG berdiri di sini. Namun, Qatar mengambil alih status itu apabila mereka membina sebuah lagi pusat penapisan minyak terbesar di dunia menggantikan status itu dari Bintulu. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, nama Bintulu tidak digunaka kerana status itu selalunya merujuk seperti berikut, MALAYSIA mempunyai salah sebuah pusat penapisan minyak terbesar di dunia. Jadi tidak hairanlah masyarakat Malaya tidak sedar di mana sebenarnya pusat penapisan minyak terbesar itu. yang dia tahu KLCC atau Petronas Twin Tower. Petronas pun mula-mula menggerudi petroleum di Sarawak sebe;um mereka menjumpai petroleum di perairan Terengganu. Itu pun sedikit pengeluarannya daripada di Sarawak dan Sabah.
                Walaupun petroleum bukan lah hasil eksport terbasar Malaysia, tetapi secara zahirnya pendapatan minyak itu sangat dan amat mencukupi untuk Sabah dan Sarawak. Jika pendapatan itu tida dikongsi dengan mana-mana negeri saya rasa penduduk di Sabah dan Sarawak belajar ke luar negara secara percuma tanpa perlu pinjaman. Namun hasil yang cukup iti Sabah dan Sarawak bermurah hati berkongsi dengan Persekutuan dan meminta hanya 5% sebagai royalty hasil minyak. Hasil dari Sabah Sarawak tapi kita pula yang menerima royalty. Sepatutnya Sabah dan Sarawak yang memberi 5% royalty minyak kepada persekutuan.
                Sebenarnya bukan perkara baru pun pandangan serong itu di luahkan oleh penduduk Malaya kepada Sabah dan Sarawak. Seperti di sitcom 88 kopitiam minggu ini tentang prejudis sesetengah masyarakat Malaya terhadap bumiputra pulau Borneo. Kalau orang Malaya nak tahu, awekz dari area Bario kawasan tanah tinggi di Sarawak sangat cantik. Tahu kenapa? Di sana mereka minum air yang sangat bersih. Udara di sana sangat bersih. Mandi air sejuk menenangkan badan. Tidur pula dalam malam yang gelap bagi memberi istirehat yang secukupnya kepada badan. Macam isteri pak cik saya. Cantik wa cakap sama lu. Belum anak-anak dia lagi. Tak rugi eh dia kahwin sama orang jauh. Benih cantik. Tu belum lagi di Sabah. Tidak perlu jauh-jauh kat K.K berlambak sumandak masis-manis ni. Besar-besar kereta mereka. Kalau nak pakai kereta buatan Malaysia bukan nak lawa lah memang tidak sesuai di kepulauan Borneo. Al maklumlah kepulauan Borneo ni banyak minyak. Jalan kami tidak semacam jalan raya di Malaya. Kalau kereta buatan Malaysia memang tidak dapat tahan lama. Macam kereta cikgu sama tempat saya mengajar dulu. Dia pakai kereta kelisa yang jimat minyak tu tapi baru pakai dua bulan pintu rosak gara-gara tidak tahan gegaran. Dua tahun kemudian dia terpaksa beli kereta avanza yang lebih tinggi juga jimat minyak (kereta Jepun jimat kerana Jepun tidak ada minyak. Jadi rakyat Jepun mahu kereta yang jimat minyak kerana minyak Jepun fully imported). Tiada kerosakan yang semacam kereta kelisa itu. itu belum model yang lain. Jalan raya di Borneo kalau kereta hek eleh je jangan lah. Susah nak naik bukit. Jalan berliku-liku. Tidak perlu cakap lah lopak-lopak lubang tu. Kalau di bandara tidak apa. Tidak banyak kereta Malaysia. Banyak lagi kereta import yang minyak sahaja satu bulan gaji.
                Tapi tak kan lah Nurul mahu letak jawatan? Kita belajar dari kesilapan bah..yang baik tu kita jadikan tauladan yang jahat tu kita jadikan sempadan. Manatahu jodoh Nurul nanti orang Sarawak.
              Jangan marah ba..

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting