Monday, September 10, 2012

integrasi nasional-Sabah dan Sarawak

Monday, September 10, 2012

integrasi nasional-Sabah dan Sarawak
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Sabah dan Sarawak amat luas dan menyukarkan proses ini berlaku. Kalau menggunakan jalan darat sekurang-kurangnya tiga jam untuk samapai ke Bandar besar. Jika orang Sarawak mahu ke Sabah paling dekat di Lawas itu pun berjam-jam baru boleh sampai ke Sabah. Kalau menggunakan jalan udara kos memang amat tinggi sedangkan penduduk di sini bukanlah mereka yang berpendapatan tinggi seperti peneroka. Namun, orang-orang di Sabah dan Sarawak sanggup memandu kenderaan dari satu Bandar ke Bandar yang lain dengan jalan yang berlubang-lubang macam roller coaster itu untuk menjenguk sanak saudara mereka. Baru hari ini siap jalan baru esok dah mula menampal jalan. Siapa yang harus dipersalahkan?
Kalau saudara dari semenanjung satu-satunya jalan yang boleh membawa kita ke wilayah yang terpisah oleh Laut Cina Selatan ini ialah jalan udara. Ini pastinya meningkatan kos hidup lebih-lebih lagi yang berkeluarga. Keluarga kecil boleh lah kalau yang berkeluarga besar.? Agak mustahil untuk membina jambatan antara semenanjung dengan kepulauan Borneo. Kos yang mungkin trillion.
Jalan raya adalah nadi kepada pembangunan. Infratruktur utama adalah jalan. Bagi menarik pelabur asing dan tempatan jalan raya harus bertaraf dunia. Contoh di Malaya. Jalan raya antara terbaik di dunia dengan kadar kematian tertinggi di dunai dapat menarik banyak syarikat melabur di sana. Jalan yang baik dapat memendekan masa perjalanan manakala kadar kemalangan pula dapat menarik syarikat insurans gergasi bertapak di Malaya. Kalau kita bandingkan jalan raya di Malaya dan Borneo, Jalan Pan-Borneo macam sama sahaja dengan jalan kampung. Jadi tidak hairanlah jangka hayat kenderaan di Borneo amat penek berbanding di Malaya.
Dari dulu pemimpin mahu Malaya cepat membangun kerana mahu bersaing dengan Singapura. Dengan perlabuhan dan lapangan terbang bertaraf dunia dan antara tersibuk di dunia menyayingi Singapura. Di Sabah dan Sarawak? Tiada persaingan. Apabila PRU-12 Sabah dan Sarawak membekalkan kerusi yang besar di Parlimen bagi parti pemerintah barulah mereka melihar Borneo itu pun setelah di desak oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak. Ada hikmah di sebalik kekalahan di Malaya. Kita bukan fix deposit kepada BN tetapi kita mahukan kesamarataan antara MALAYA, SABAH DAN SARAWAK. Bukan setakat tiga wilayah tetapi rakan dalam Malaysia.
Jika persekutuan Malaysia ada RM100 bagilah sama rata. Rm30 untuk Malaya, RM30 untuk Sabah dan RM30 untuk Sarawak. RM10 lagi untuk kegunaan kecemasan. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.  

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting