Integrasi
nasional
Damai dan
salam sejahtera kepada pembaca budiman.
Semakin
hangat diperkatakan pada hari ini tentang Perkara 20 pembentukkan Malaysia.
Baik di pihak Sabah dan Sarawak sehinggakan kementerian pelajaran mahu mengubah
kurikulum sejarah yang di ajar di sekolah. Hal ini seakan-akan menunjukkan
sesetengah pihak yang berkepentingan cuba untuk menjaga kepentingan mereka.
Menonton Bicara Siswa malam Ahad September 9, 2012 yang berbicara tentang
integrasi nasional dan juga menyentuh Perkara 20 yang menjadi asas pembentukkan
Malaysia. Namunahli panel dari exco pemuda UMNO menyatakan bahawa Perkara 20
itu bukan perjanjian Malaysia tetapi syarat sahaja. Apa itu perjanjian dan apa
itu syarat? Sekarang adalah sama ada Perkara 20 itu perjanjian atau syarat ia
tetap merujuk kepada hak kita rakyat Borneo. Orang Borneo perlu menjaga hak ini
sama seperti di Malaya yang menjaga hak ketuanan Melayu dan Raja-raja Melayu.
Di katakana bahawa kita di Borneo meminta pelbagai perkara yang akan menghalang
kearah negara maju di Malaya pun apa kurangnya. Mungkin lebih lagi di sana.
Dengan isu tuntutan royalty minyak di dua buah negeri Pantantai Timur, isu
PTPTN juga isu air serta tanah di negeri-negeri Malaya.
Kita di
Sabah dan Sarawak tidak meminta air percuma atau tariff elektrik percuma dari
kerajaan tetapi lebih kepada pembangunan lestari dan mesra kepada rakyat
wilayah Malaysia Timur yang sering dianggap ketinggalan. Hal ini telah
menyebabkan presfektif pelabur bahawa Malaysia Timur tidak dapat menyediakan
infratruktur kepada pelabur untuk melabur. Berbanding di Malaya, setiap negeri
boleh dihubungi dengan udara, lebuh raya dan juga keretaapi manakal di
kepulauan Bornoe keadaannya amat terhad. Kita masih menggunakan sungai sebagai
alat perhubungan utama. Bukan kita masih mahu meneruskan kegiatan ekonomi
traditional yang lasak seperti menjadi nelayan, petani dan sebagainya kita juga
mampu memimpin negara kita jika kita diberi peluang. Jika kita diberi sebuah
kilang kereta di Sarawak pasti rakyat Sarawak tidak mendapat kerja di sana
kerana factor kelayakkan. Kita nak sambung matrikulasi terpaksa terbang ke
Labuan. Sector pendidikan kita masih
sangat jauh ketinggalan. Kerajaan hanya menumpukan kepaa 3M semata-mata-
kemudian kekangan ekonomi keluara dan lokaliti juga menghalang anak-anak kita
untuk melanjutkan pelajaran. Disamping itu, system pendidikan kita yang telalu
berasakan akedemik jiga menjadi halangan kita untuk lebih cepat maju.
Kebanyakkan
rakyat Sabah dan Sarawak mahu menabur jasa kepada rakyat dengan berkhidmat
dalam sector awam. Tetapi factor kuota menjadi pemisah. Untuk bekerja dalam
sector kerajaan selain pendidikan link kita dalam sector itu juga mesti ada.
Kalau tidak selamanyalah kita menjadi nelayan. Terpaksa bekerja jauh dan
merantau di lautan untuk mendapat gaji yang besar sebagai pelaut. Kemudian,
penjawat awam dari Malaya di integrasi kan ke Sabah dan Sarawak menuntuk pula
pelbagai elaun bagi memujuk mereka untuk datang ke Borneo. Kenapa tidak bagi
sahaja kerja itu kepada rakyat di Borneo yang lebih faham dan tahu akan situasi
di sini. Bukan menghalang kerajaan untuk menhantar penjawat dari Malaya tetapi
beri keutamaan kepada penduduk tempatan. Contohnya KEMAS. Mereka adalah rakan
kerajaan untuk banyak program kemasyarakatan. Majoriti penduduk di Borneo bukan
beragama islam. Jika kerjaan menghantar wakil mereka beragama Islam, penduduk
bukan luar Bandar yang bukan beragama Islam terpaksa menjamak barangan mereka
untuk menyambut tetamu yang datang.
Kita juga
mahu dikenali sebagai rakan dalam Malaysia bukan sekadar negeri biasa di dalam
Malaysia. Kita juga mempunyai sejarah kemerdekaan kita sendiri. Kita juga ada
pejuang kemerdekaan sendiri. Kita juga mempunyai sumber ekonomi yang
tersendiri. Dengan jumlah penduduk yang kecil kita boleh memanfaatkan kekayaan
ekonomi kita. Sabah dan Sarawak tidak akan menghadapi masalah ledakan penduduk
seperti mana di Indonesia, India dan China. Kami percaya kepada kepimpinan yang
ada sekarang walaupun jumlah RM51.1b untuk projek pembangunan tidak Nampak
sangat pembangunan itu dengan jalan yang berlubang bertampal tapong seribu itu.
0 comments:
Post a Comment