Hitam itu
hitam
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca.
Mungkin
pernah kita mendengar istilah “kalau ayah saya cakap hitam maka hitam lah.
Kalau dia cakap putih maka putihlah.” Kawan kepada kawan saya juga pernah cakap
macam tu kepada saya. Ingat dia sahaja boleh cakap hitam itu hitam putih itu
putih? Saya juga boleh ma. Kalau saya cakap merah tu merah lah. Ini bukan ego
semata-mata tetapi kita mahu tegas dalam keputusan kita. Kita tidak mahu
menjadi pak turut sahaja. Kita tidak mahu menjadi orang yang mengikut sahaja
apa sahaja yang orang suruh kepada kita. Sama seperti yang terjadi kepada
mangsa keldai dadah. Bukan mereka tidak berfikir tetapi mungkin mereka
terlambat untuk berfikir.
Bukan kita
mahu untuk menegakkan benang yang basah tetapi kita juga mahu pendapat kita
untuk didengar. Seperti ahli parti politik misalnya jika mereka melawan cakap
pemimpin atasan kita boleh dikenakan tundakan disiplin. Kita bercakap tentang
demokrasi tetapi kita bercakap di dalam parti yang demokrasi pula kita dianggap
tidak berdisiplin dan dikenakan tindakkan disiplin. Aduh adakah ini yang
dikatakan demokrasi? Seakan-akan kita tidak mahu mendengarr pendapat dan
pandangan orang lain. Seakan-akan pendapat keta tidak berharga. Orang muda
biasanya mempunyai idea yang tidak terbatas. Imaginasi yang melampaui batas.
Mempunai idea yang baru yang mampu memimpin negara kearah yang lebih agresif,
produktif dan berintegriti tinggi.
Bukan
sepanjang masa kita harus mendengar orang yang di atasan sahaja. Jika pendapat
dan idea mereka kita rasa tidak betul kita boleh guna hak kita untuk bersuara.
Kita lawan selagi-lagi kita rasa kita betul. Kita akan akui jika kita rasa kita
ini salah. Bukan setakat isu royalty hasil petroleum, isu bendera atau gangnam
yang boleh memecah belahkan kita tetapi lebih dari itu. bersatu kita teguh
bercerai walaupun kita boleh kahwin baru tetapi bini baru tidak akan sama
dengan bini yang kita “terceraikan” itu. jangan marah bahh..
0 comments:
Post a Comment