16 September, 1963
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca.
Selalu dan
kerap kita dengar penyampai-penyampai radia mahupun television mengucapkan
selamat hari Malaysia ke 49 Sabah dan Sarawak merdeka dalam Malaysia.
Jika kita
melihat prasa kata merdeka dalam Malaysia, ia membawa maksud kita merdeka
melalui Malaysia. Walhal pada tarikh 16 September, 1963 ialah PEMBENTUKKAN
sebuah negara baru yang bernama MALAYSIA yang menggabungkan SINGAPURA, SABAH
DAN SARAWAK. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai Sabah merdeka pada
tarikh 31 Ogos 1963 iaitu tarikh
dimana MALAYSIA sepatutunya dibentuk. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan maka tarikh itu terpaksa ditunda ke tarikh 16 September, 1963.
Sarawak
pula mencapai kemerdekaan lebih awal iaitu pada 22 Julai 1963. Namun kedua-dua tarikh besar itu tidak ada dalam
catatan sejarah Malaysia yang dibukukan dan diajar di sekolah-sekolah.
Kebanyakkan apa yang terkandung di dalam buku teks sejarah sekolah adalah berasakan
sejarah di Malaya. Hal ini kerana sejarah penjajahan yang amat panjang di
Malaya. Bermula dengan kejatuhan kesultanan melayu Melaka pada 1511 kepada
Portugis, kemudian diambil alih oleh Belanda, Inggeris dan kemudiannya
kependudukan Jepun selama hampir 500 tahun.
Di Sabah
pula lain pula ceritanya. Sebahagian wilayahnya adalah dibawah naungan
kesultanan Brunei, juga dibawah naungan kesultanan Sulu sebelum beberapa
syarikat memajak dan menggadai tanah-tanah di Sabah untuk tujuan perniagaan.
Sabah tidak dijajah secara langsung kerana tidak banyak sumber galian yang
dapat membawa untung kepada Inggeris seperti bijih timah di Malaya. Tidak pula
Sabah di jajah oleh kesultanan Brunei dan Sulu dan tidak juga di jajah oleh
pedagang-pedagang Inggeris namun selepas perang dunia kedua Britain mahu Sabah
menjadi tanah naungannya sama seperti di Sarawak.
Manakala di
Sarawak pula, Kesultanan Brunei menaungi kawasan persisiran pantai negeri
Sarawak. Pusat pentadbiran mereka ialah di Bau iaitu kawasan perlombongan emas.
Sehingga sultan Brunei menghantar kerabatnyanya menjadi sultan di Sarawak iaitu
Sultan Tengah. Mungkin baginda merupakan sultan pertama dan terakhir di Sarawak
sebelum baginda mangkat di kepulauan Riau. Baginda jiga mempunyai puteri yang
mungkin mereka ialah puteri kayangan itu yang digelar Puteri Santubong dan
Puteri Sejinjang. Sehinggalah James Brooke dan dinasti beliau menjadi Raja di
Sarawak selama 100 tahun.
Sepatutnya seperti saranan guru-guru dan pakar
akedemik, mereka mahu menteri pelajaran tidak campur tangan dalam dasar
pendidikan negara. Hal ini kerana, kebanyakkan sejarah dan pelajaran-pelajaran
di Malaysia terlalu berunsur ke-politik-an. Dasar kerajaan yang terlalu menjaga
kuasa autonomi mereka menyebabkan banyak catatan sejarah tidak diajar kepada
pelajar tetapi hanya disimpan di arkib dan museum sahaja. Jika rakyat
membangkitkan isu-isu ini pastinya kerajaan akan menahan kita kerana dikatakan
cuba memutar belitkan FAKTA.
0 comments:
Post a Comment