Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Jadi Malaysia

Friday, August 24, 2012

Mengapa Singapura keluar dari Malaysia?

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Topic yang kami mahu berkongsi kepada  para pembaca ialah tentang mengapa Singapura keluar dari Malaysia yang mereka sertai pada 16 September 1963? Tada dalil yang kukuh dinyatakan dalam buku teks sejarah Malaysiayang diguna pakai di Malaysia. Mungkin kerana pengaruh politik yang tebal dalam buku sejarah tersebut menyebabkan beberapa perkara tidak tercatat atau sengaja tidak dicatat. Menurut pembacaan kami tentang Singapura dan sejarah awal kewujudan serta beberapa sejarah Singapura yang serba sedikit mengungkai mengapa Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Menurut pembacaan dan pemahaman kami, Lee Kuan Yew bapa pengasas Singapura mnerupakan salah seorang pengasas Persekutuan Malaysia. Beliau bersama-sama dengan beberapa pemimpin dari Borneo Utara dan Sarawak bersetuju dalam beberapa perkara pembenrtuk Persekutauan Malaysia. Namun yang demikian, Lee Kuan Yew lebih hebat berbanding dengan pemimpin-pemimpin dari kepulauan Borneo. Dalam masa yang sama, pengaruh Lee Kuan Yew juga mampu mengugat kedudukan pemimpin kaum cina di Malaya terutamanya MCA (Malayan Chinese Associations) dan Tuanku Abdul Rahman sendiri. Menjelang pilihanraya Umum di Malaysia, parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura iaitu PAP (People in Action Party) aktif mengakat martabat kaum cina dan menentang konsep ketuanan Melayu di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, Lee Kuan Yew mahu partinya PAP mengantikan MCA yang dilihat telah hilang pengaruhnya oleh kaum cina. Jika Lee Berjaya mengangkat PAP ke Malaya maka peluang untuk partinya menang dan menduduki parlimen dengan jumalah yang lebih besar adalah cerah. Sentiment yang dimainkan oleh Lee pada piliharaya tersebut ialah kaum cina dan Ketuanan Melayu yang menapat sokongan daripada kaum cina.
Tunku Abdul Rahman ketika itu sedang gering dan mendapat rawatan di London. Tunku mendengar khabar yang amat dan boleh mencetuskan rusuhan kaum yang amat besar di Malaysia jika Lee dan PAP masih berdegil mahu memperjuangkan konsep Malaysia for Malaysia yang menentang konsep ketuanan Melayu. Tunku merasakan bahawa cara terbaik untuk menyekatt kemaraan PAP ialah memisahkan Singapura dari Malaysia. Namun yang demikian, bukan setakat itu sahaja Tunku ingin memisahkan Malaysia Singapura. Terdapat sebab lain yang secara peribadi antara Lee dan Tunku:
1.       Hasil 60:40
Singapura di bawah pimpinan ketua menteri Lee Kuan Yew menetapkan Singapura akan memberikan 40% hasil pendapatan Singapura kepada Persekutuan dan mengunakan 60% lagi untuk negeri Singapura. Tunku pula mahukan 60% daripada hasil Singapura yang diangap besar oleh Lee dan Singapura. Memandangkan Singapura adalah sebuah negeri tanpa sumber, hasil yang besar itu patut mereka guna untuk mengembangkan ekonomi mereka.

2.       Ketua Menteri @ Perdana Menteri Singapura?
Kekerapan Lee Kuan Yew mengadakan lawatan rasmi ke luar negara menjadi tanda Tanya kepada Tuanku. Ini kerana, seorang Perdana Menteri yang akan menjalinkan hubungan Luar Negara dan bukan seorang ketua Menteri. Lee juga menyebabkan beberapa negara luar keliru status mereka adakah Lee Kuan Yew ketua menteri Singapura atau Perdana Menteri Singapura.

3.       Perdana Menteri Malaysia
Cita-cita Lee bukan setakat menjadi ketua menteri Singapura malah lebih dari itu. Perdana Menteri Malaysia dipilih dari ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak di Parlimen. Jika parti Lee. PAP mengantikan MCA di Malaya, harapan itu bakal menjadi kenyataan. Namun, Tuanku mahu konsep ketuanan Melayu terus kekal dan utuh dengan menjadikan Tuanku dan UMNO terus menjadi parti terbesar di dalam Parlimen.
       
Setelah berfikir secara mendalam dalam keadaan gering, Tuanku mengabil keputusan memisahkan Singapura dari Persekutuan Malaysia. Menurut cerita dari pemimpin UMNO yang berada di London ketika itu, Lee Kuan Yew menitiskan air mata mendengar keputusan daripada Tunku. Hal ini membolehkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura berbanding menjadi Perdana Menteri Malaysia. Walau apa pun yang berlaku, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia adalah kerugian yang besar kepada Malaysia. Pada masa yang sama, penerimaan Singapura untuk keluar adalah satu langkah besar bagi menjadikan Singapura sebagai negeri Permata kerana walaupun saiznya hanya sebesar titik merah di atas peta, namun Singapura dikenali diseluruh dunia.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting