Monday, August 27, 2012

Janji DiTepati

Monday, August 27, 2012

Janji DItepati

Salam dan damai sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Tema nasional bagi sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ialah Janji DiTepati yang kebanyakan rakyat Malaysia berasa amat janggal bunyinya. Sejak tahun-tahun awal kemerdekaan, tema kemerdekaan adalah berkisar tentang dasar dan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Tetapi tidak pada tema tahun ini yang agak kepolitikan berbanding kenegaraan. Lain pula ceritanya di negeri-negeri diperintah oleh pihak pembangkang. Mereka memilih tema yang lebih nasional seperti di Selangor mereka memilih tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa berbanding tema Janji DiTepati. Namun ini mungkin kali pertama pihak pembangkang tidak menggunakan tema yang sama seperti persekutuan kerana mungkin agak memihak ke;ada parti yang memerintah.

Janji diTepati lebih kepada usaha kerajaan untuk menyedarkan rakyat agar mereka tahu pembangkang tidak akan menunaikan janji mereka yang hanya tinggal janji. Jika pihak pembangkang mampu menunaikan janji mereka, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk menggunakan tema Janji di Tepati. Hal ini kerana, mereka juga menepati janji pilihanraya namun perkara yang sebaliknya yang berlaku. Ini adalah alas an yang lebih kukuh yang mungkin akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk menembak pembangkang kerana pembangkang tidak dapat menunaikan janji-janji mereka. Salah satu strategi pihak kerajaan untuk menumbangkan pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang bagi meyakinkan rakyat bahawa pihak pembangkang mempunyai hobi berjanji tetapi tidak akan ditepati.

Seperti mana jaji terbaru ketua pembangkang Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa beliau akan meletakan jawatan jika pihak pembangkang kalah lagi dalam piliharaya kali ini. Jelas lah kepada kita mengapa kerajaan beriya-iya benar mahu menggunakan tema janji DiTepati berbanding dengan tema yang lebih patriotic. Lebih-lebih lagi pilihanraya mungkin akan di adakan pada bila-bila masa dari sekarang. Jadi dalam masa yang sama kita pasti akan mendengar kempen secara tidak langsung dari pihak ahli-ahli politik semasa sambutan kemerdekaan ini nanti.

Bagaimana pula nasib kami dai Sabah dan Sarawak? Adakah janji itu ditepati? Kita berserah pada takdir? Janji pemimpin harus ditepati. Tetapi kebanyakan pemimpin akan menggunakan perkataan “kenyataan” kepada janiji mereka. Misalnya di Selangor, kerajaan negeri berjanji mahu memberi air percuma kepada rakyat negeri Selangor tetapi sampai sekarang janji itu belum ditunaikan. Janji mereka ialah jika pakatan rakyat memenangi piliharaya ke 12 maka air percuma bagi rakyat negeri Selangor. Kita mengambil frasa rakyat negeri Selangor, rakyat negeri Selangor merujuk kepada mereka yang lahir dan membesar di negeri Selangor. Namun yang demi pada hari ini di negeri Selangor bukan semua berasal dari negeri Selangor. Maka, kenyataan air percuma bagi rakyat negeri Selangor tidak akan dilaksana kerana Pakatan Rakyat tidak menang pada pilihanraya ke 12 dan di negeri Selangor bukan sahaja  rakyat negeri Selangor bermastautin di Selangor malah dari negeri-negeri lain di seluruh Malaya dan negeri kepulauan Borneo. Malah di negeri Selangor banyak pendatang asing dengan izin dan tidak tinggal di Selangor. Jadi janji itu tidak akan dilaksanakan kerana foktor kependudukan tersebut. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting