Wednesday, August 22, 2012

pilihanraya Malaysia

Wednesday, August 22, 2012
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. semoga amal baik mu di terima oleh -Nya. salam merdeka dan selamat harijadi Malaysia.

banyak perayaan yang disambut di Malaysia dan dirayakan bersama-sama sesama kita. amat menakjubkan kerana kebanyakan orang luar mengatakan hanya di Malaysia budaya kunjung-mengunjung menjadi amalan berbanding di tempat lain. baik yang sama fahaman ataupun tidak kita tetap merayakan apa-apa sahaja perayaan bersama-sama. dengan caa yang sama dengan budaya yang sama.

setelah musim perayaan berakhir pastinya akan timbul lagi gosip pilihanraya umum yang ke 13. sekarang tengah cuti bab hari raya. jadi bunyi PRU-13 kurang kedengaran. tiada siapa yang tahu bila pilihanraya akan diadakan. melainkan perdana menteri Malaysia dan ahli-ahlinya. kita sebagai rakyat akan menanti sahaja dan menunaikan tanggngjawab kita iaitu mengundi.

tidak kira siapa yang kita undi ia akan tetap pada benda yang sama iaitu memiloh kerajaan yang baru. samaada kita memilih untuk kekalkan kerajaan sedia ada atau mengubahnya.

namun yang demikian, baik kerajaan yang sedia ada ataupun pembangkang yang akan menang di Sarawak pada PRU-13 nanti situasi akan tetap sama.

Barisan Nasional penyandang kerajaan sekarang dipengerusikan oleh Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud  di peringkat negeri dan Perdana Menteri Datuk sri Mohd Najib Tun Abd razak di peringkat persekutuan. Sarawak menghalang kemasukan parti UMNO ke Sarawak kerana risau keadaan seperti di negeri Sabah berlaku di Sarawak. apabila Sabah jatuh ketangan UMNO dari Malaya, keadan pembanguna di sana menjadi perlahan kerana keputusan terletak di tangan pengerusi UMNO dan pengerusi BN pusat. jika pun Pakatan Rakyat memerintah di Sabah mahupun di Sarawak, keadaan akan tetap sama.

di Sarawak, Pehin Sri bertegas menolak parti UMNO datang ke Sarawak bagi menjaga kepentingan politik di negeri Sarawak. dalam masa yang sama mahu mengekalkan parti asal negeri Sarawak. jika pun tidak UMNO ke Sarawak, pengerusi BN tetap dari Malaya dan keputusan pusat adalah melebihi keputusan negeri. jadi jika pun PR memerintah Sarawak, keadaan akan tetap akan sama. pengerusi PR orang Malaya dan pengerusi negeri Orang Sarawak.

ya, itulah hakikatnya jika kita bergabung dengan parti lain yang kononnya lebih besar dan kuat. tidak semestinya kita kecil dan lemah kita tidak kuat. seperti pada hari ini, parti PBB adalah parti terbesar di Sarawak namun antara terkecil di Malaysia. Jika parti-parti BN di Sarawak tidak bergabung dengan BN dan kita membentuk gabungan sendiri maka, kita akan lebih kuat. harus di ingat semasa pembentukan Malaysai, semua setuju bahawa bahagian kerusi di Parlimen adalah 1/3 bagi Malaya, 1/3 bagi Sabah dan 1/3 bagi Sarawak. jika kita menang 1/3 di Sarawak, maka kita dapat dah ada 1/3 ahli di parlimen. semuanya parti Sarawak. jikapun kita tidak dapat menubuhkan kerajaan pari di Sarawak kita masih boleh menubuhkan kerajaan campuran kerana kita adalah 1/3 daripada Dewan rakyat.

maka, kita harus keluar dari BN dan tubuhkan parti gabungan Sarawak sendiri. itupun jika kita mahu plan pembangunan kita untuk cepat terlaksana. selagi-lagi kita bergabung dengan BN selagi itu lah kita akan mesih dikongkong oleh parti dari Malaya.untuk pengetahuan pembaca, saya bukan ahli mana-mana paerti politik semasa. kerana bagi saya tiada parti yang betul-betul memperjuangkan rakyat. jadi mungkin suatu hari nanti ada parti yang betu-betul memperjuangkan hak kita sebagai Orang Sarawak. God willing. thanks

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting