Wealth of
Sarawak
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang sedang menbaca.
1. Mempercepatkan kemerdekaan.
Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak akan mencapai kemerdekaan
menuntut kemerdekaan dari British.
2. Pertumbuhan ekonomi
Jika negeri-negeri tersebut membentuk persekutuan Malaysia maka, sumber
ekonomi untuk pembangunan menjadi banyak. Tanah Melayu kaya dengan Bijih Timah
dan getah, Singapura pula boleh dijadikan
sebagai perlabuhan utama manakala, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak akan
membekalkan minyak, gas asli dan hasil bumi lain seperti balak. Sumber yang
kukuh akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi terutama bagi negara yang baru
ditubuhkan.
3. Penduduk
Jika pergabungan berlaku maka, jumlah penduduk akan meningkat. Hal ini akan
membolehkan peningkatan permintaan domestic bagi barangan dan juga perkhidmatan
dengan menggunakan satu matawang yang sama. Populasi pribumi dapat ditingkatkan
bagi menyeimbangi penduduk pendatang
terutama dari negara China dan India.
4. Mengekang komunis
Tentera di kesemua negeri akan dapat dikerah mempertahankan tanah air
mereka dari ancaman komunis.
Jika
kesemua negeri tersebut bergabung, ada kemungkinan sekarang Malaysia sudah
mencapai tahap negara maju dengan sumber ekonomi yang pelbagai. Seperti yang
kita lihat pada hari ini, para pemimpin kerajaan pusat lebih mementingkan Tanah
Melayu daripada negeri-negeri kepulauan Borneo. Kita seakan-akan betul-betul
dipulaukan di kepulauan Borneo.
Sewajarnya
negeri-negeri tersebut membentuk sebuah kesatuan negeri-negeri Asia Tengara.
1. Kemerdekaan
Jika berlaku ia akan seperti sama dengan united Kingdom di Britain.
Lebih senang merdeka.
2. Ekonomi
Setiap negeri diperintah oleh kerajaan masing-masing. Hasil kerajaan
negeri dimiliki oleh negeri itu sendiri. Manakala hasil kerajaan kesatuan pula
adalah bahagian hasil yang dimenteraikan oleh satu perjanjian dimana hasil itu
tidak melebihi hasil kerajan negeri. Seperti Singapura yang hanya mahu
memberikan 40% hasil negeri kepada Kerajaan Malaysia manakala 60% milik kerajaan
negeri .
3. Penduduk
Akan masih seperti persekutuan kerana kita masih lagi penduduk dari
tempat yang sama. Maka, permintaan domestic tetap akan ada.
4. Mengekang komunis
Setiap tentera di setiap negeri akan dapat membantu sesama sendiri
kerana mereka adalah sebuah kesatuan.
Jika setiap
negeri dengan kerajan mereka sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana
persekutuan atau kesatuan.
1. Kemerdekaan
Mungkin sedikit lambat. Brunei misalnya hanya bebas dari British pada
1981 manakala Hong Kong pada 1997.
2. Ekonomi
Tiada kepelbagaian sumber ekonomi. Misalnya Brunei, mereka bergantung
kepada minyak sepenuhnya selain sector perlancongan. Singapura mengimport bahan
mentah dan menjual semula hasil siap sebagai eksport negara tersebut.
3. Penduduk
Sarawak dan Sabah membawa penduduk dari luar bagi menampung keperluaan
dalam sector pekerjaan. Tidak seperti Singapura, penduduk sudah hampir kepada
takat tepu dan tanah untuk menempatkan penduduk menjadi amat terhad dan
melonjakkan nilai harta tanah. Jika masih di dalam kesatuan atau persekutuan
penduduk dapat berhijrah di dalam kesatuan atau persekutuan sendiri.
4. Pengaruh komunis
Pengaruh luar akan senang masuk kerana kita bersendirian dan lemah.
Maka, tidak akan wujud negeri kesatuan atau persekutuan tetapi akan lahir negera
liberal atau repuklik komunis.
Sarawak dalam Malaysia |
Masalahnya
di Malaysia, kerajaan Malaysia pada hari ini tidak pernah berubah sejak zaman
merdeka lagi. Kita seakan-akan selesa dengan apa yang ada. Kita berada pada zon
selesa. Orang Sarawak cakap cukup lah dengan ini. Orang Sabah pula fikir selesa
sudah dengan itu gembira sudah dengan ini. Manakala di Semenanjung bermewah
dengan perkongsian harta kekayaan tersebut. Malangnya kita. Kerajaan sekarang
harus membahagikan kekayaan itu secara seimbang di antara tiga wilayah dan
bukannya dengan 13 buah negeri tersebut. Harus diingat kita Sbah dan Sarawak
bukan negeri biasa di dalam Malaysia. Kita adalah wilayah yang membentuk
persekutuan Malaysia. Damai yoo.
0 comments:
Post a Comment