Friday, August 3, 2012

Dinar Iraq vs Dinar Emas v1

Friday, August 3, 2012

Damai sejahtera kepada para pembaca. Membaca menambah ilmu pengetahuan.
Antara keywork yang paling mendapat tempat carian tertinggi di internet ialah Dinar Iraq. Ya, Dinar Iraq dan bukan Dinar emas. Mengapa ya?
1)      Dinar Iraq
Dinar Iraq adalah sekeping kertas yang dinilai berdasarkan kepada kadar pertukaran berasakan hukum ekonomi iaitu penawaran dan permintaan. Sesebuah Negara akan mencetak wang mengikut keperluan sesebuah Negara. Namun, tidak semestinya Negara tersebut mencetak wang sesuka hati mereka. Pencetakan berkebihan pula akan menyebabkan matawang tersebut menjadi terlalu banyak dan tidak bernilai. Selain itu, pencetakan wang kertas dan syling adalah mengikut permintaan  ekonomi itu sendiri. Wang kertas, syiling dan deposit semasa diketogerikan sebagai M1. Wang kertas dan syiling adalah wang dalam edaran manakal deposit semasa adalah tabungan kita di dalam bank. Deposit semasa boleh ditunaikan dengan cek.  M2 pula meliputi M1, separa wang(wang hampir). M2 juga merupakan M1, deposit tabungan den deposit tetap di bank-bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga(SDB) dan sijil Bank Negara Malaysia (SBNM).  Pencetakan wang adalah terhad agar matawang itu bernilai.
Pada hari ini, permintaan terhadap Dinar Iraq semakin meningkat. Baik pada pasaran terang mahupun gelap. Jika sudah terdapat lebihan permintaaan di pasaran maka, nilai matawang Dinar Iraq harus sudah meningkat. Namun, Dinar Iraq masih ditambat pada nilai yang rendah dek sekatan oleh Amerika Syarikat. Jika diikut kepada keadaan ekonomi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli Dinar Iraq.
                Jika sesuatu matawang ditambat maka nilai itu akan kekal ditambat walaupun terdapat pergerakan pada nilai matawang tersebut. Sebagai contoh, semasa Malaysia dilanda krisis kewangan serantau, Ringgit Malaysia ditambat kepada MYR 1= U$D 0.38. Keadaan ini akanmenjadikan Ringgit menjadi “terkurang nilai” ataupun “terlebih nilai”. Walauapapun yang berlaku, nilai Ringgit tidak akan berganjak dari RM3.8=U$D 1. Apabila spekulasi Bank Negara Malaysia ingin mengapungkan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika, pedagang matawang akan membeli Ringgit dalam kuantiti yang besar dengan harga yang ditambat. Walaupun tekanan kepada Ringgit, Ringgit tetap didagangkan pada nilai yang sama. Kuantiti Ringgit berkurangan dalam pasaran kerana Ringgit telah disimpan oleh mereka yang membelinya. Oleh yang demikian, Ringgit telah “terkurang Nilai” kerana permintaan telah melebihi penawaran. Apabila Ringgit diapungkan secara rasmi, pedagang akan menjual semula Ringgit. Antara stategi mereka ialah, menjual Ringgit secara berperingkat. Jika mereka menjual Ringgit sekali gus bukan nak untung namanya. Setelah sekian lama diapungkan, nilai Ringgit masih tidak bergerak jauh dari nilai yang ditambat iaitu MYR1=U$D  0.32. Dalam masa lima tahun hanya terdapat U$D0.04  bagi MYR 1. Adakah situasi ini menggembirakan pelabur matawang? Jika membeli pada jumlah yang besar mungkin ya. Jika membeli pada jumlah yang kecil mungkin tidak. Spekulasi bergerak lagi. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli Dolar Amerika kerana Dolar semakin murah. Dalam masa yang sama nilai matawang China juga sedang ditambat. Dengar-dengar kerajaan China juga mahu mengapungkan nilai matawang mereka supaya lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
                Untuk terlibat dengan perniagaan spekulasi matawang antarabangsa adalah diketegorikan sebagai amat berisiko tinggi. Hal ini kerana, terdapat ramai jutawan matawang yang pastinya akan membeli matawang yang berpontensi dispekulasikan dengan jumlah yang besar. Lebih menguntungkan jika matawang itu sedang ditambat. Semakin besar pelaburan dia maka semakin besar jugalah pulangan yang beliau akan dapat. Kita akan terlibat dengan pelbagai kemungkinan. Namun yang lebih mengujakan ialah Dinar Iraq berpontensi untuk bergerak pada jajaran yang lebih besar berbanding Ringgit. Bloomberg mengatakan, kekayaan minyak akan memangkin kepada pembangunan Negara Iraq. Ini akan lebih mengujakan pedagang matawang. Speculator akan mempengaruhi pasaran matawang dengan spekulasi yang mengusik jiwa. Perkembangan  sesebuah ekonomi pastinya akan meningkatkan lagi nilai matawang sesebuah ekonomi itu. Sama seperti halnya dengan negara ekonomi baru seperti China dan India. Penambatan matawang berbanding dolar Amerika akan mempercepatkan pembangunan negara mereka. Apabila ekonomi telah berdaya saing dan kuat maka, pengapungan akan merancakkan lagi ekonomi itu. Setiap pergerak matawang selalunya besar dan menjamin keuntungan yang besar juga. Maka, para pelabur akan sentiasa peka akan setiap pergerakan matawang. Spekulasi juga memainkan peranan yang besar kerana tanpa spekulasi sesuatu matawang tidak akan menarik untuk didagangkan.
Kesimpulannya, kita harus mengambil kesempatan ketika kita ada kesempatan.
Terima kasih. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting