Wednesday, August 1, 2012

Dinar Iraq

Wednesday, August 1, 2012

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca,
Semakin hari semakin rancak perdebatan tentang Dinar Iraq. Ada yang pro-Dinar, ada juga yang anti-dinar. Kebanyakannya adalah pro-dinar. 60-40. Saya membaca dari beberapa blog dalam dan luar Negara. Paling dekat dengan Dinar Iraq ialah Bloomberg. Semuanya hampir dengan RV. Tak naik pun sekarang Dinar Iraq tetap akan naik. Tak untung banyak sedikit akan tetap untung lah. Petang tadi saya ingin berkongsi dengan kawan saya tentang IQD dengan meminta beliau mengirimkan imej IQD melalui mms. Namun yang sedihnya, beliau mengatakan yang saya ini tidak berminat dengan IQR walhal, jika kita ingin tahu kelemahan kita, kita harus bertanya pada musuh kita bukan pada kawan kita. Jadi selepas beliau mengirimkan link dinar Iraq kepada saya, saya membalasnya dengan mengirimkan link yang anti-IQR. Bukan post admin mahupun komen dari anti-IQD yang saya maksudkan kepad beliau semata-mata tetapi komen yang lebih positif dari pro-IQR. Saya mungkin tidak sepandai dia mahupun sekaya dia namun, setiap yang saya buat selalunya berdasarkan hukum ekonomi. Ada penawaran maka ada permintaan. Hukum ekonomi juga mengatakan bahawa memaksimunkan keuntungan yang menjadi pegangan dalam perrniagaan. Semakin tinggi risiko maka semakin tinggi  jugalah keuntungannya. Mungkin belum Nampak apa yang saya maksudkan tetapi tindakan yang kecil dapat mengubah perkara yang besar.

1)      Bukan Duit Pokok Pisang
Duit ini muncul semasa zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada zaman tersebut sumber adalah terhad. Bagi menyeimbangi inflasi, kerajaan Jepun ketika itu mencetak banyak duit pokok pisang. (Bapak saya pun ada simpan sekeping tu pun dah koyak rabak). Namun tindakan itu menyebabkan duit kertas pokok pisang menjadi banyak (terlebih cetak) dan harga barang tetap meningkat. Hal ini menyebabkan duit pokok pisang itu tidak bernilai walau sebanyakmanapun yang ada dalam poket kita. Dinar Iraq sekarang didagangkan kerana Iraq adalah salah sebuah pengeluar minyak dunia (sebenarnya Iraq menggunakan USD dalam dagangan antarabangsa kerana Amerika memegang ekonomi Iraq  dan sekatan oleh PBB). Maknanya, ada permintaan dan penawaran bagi matawang Dinar Iraq. Namun, nilai matawang Dinar Iraq terlalu kecil dan hampir sama dengan nilai matawang rupiah Indonesia. Dalam ekonomi perkara ini juga disebut sebagai “terkurang nilai”. Hal ini kerana, Dinar Iraq mempunyai permintaan yang tinggi bagi dagangan utamanya minyak. Maka selayaknya Iraq mempunyai nilai matawang yang tinggi. Namun yang demikian, Iraq masih berada di dalam sekatan ekonomi oleh PBB. Oleh yang demikian, matawang Dinar Iraq tidak boleh didagangkan pada peringkat antarabangsa akibat sekatan tersebut. Nilai matawang Dinar Iraq dinilai terlalu rendah. Perkara ini berlainan dengan ¥en Jepun kerana ¥en Jepun nilainya adalah hampir sama dengan Dolar Amerika. Ini kerana, Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara Negara yang mempunyai simpanan emas yang terbesar. Simpanan emas sebenarnya mengukuhkan matawang sesebuah Negara. Jika Dolar Amerika tidak bernilai pun. Amerika bolah menggunakan emasnya bagi menilaikan semula matawang mereka. Amat berlainan dengan duit pokok pisang tadi. Dinar? Dinar adakah berasaskan emas juga. Sebelum perang IQD dinilai 1 IQD=U$D 3.2. selepas perang 1IQD=U$D 0.00085. Tadi saya cakap matawang sesebuah Negara disokong oleh emas dan setiap Negara menyimpan emas mereka. Jadi dimanakah emas-emas Negara Iraq? Kita Tanya pak cik Bu$h dan sekutunya k.
2 )      Sumber alam yang besar
Negara Iraq lahir dari lembah kaya Mesopotamia atau lembah di antara dua sungai. Tanah yang subur dan kaya. Lebih-lebih lagi di dalam perut bumi Iraq tersimpannya berbillion gallons minyak mentah atau petroleum yang menjadi idaman Amerika dan sekutunya. Gas aslinya yang berlimpah ruah di samping penemuan emas yang amat berharga itu. Jadi, sumber kekayan yang belum diterokai sepenuhnya ada di Iraq. Apa yang kita harap ialah, pihak Amerika syarikat tidak mengekploitasi kekayaan tersebut. Jika Iraq dikongkong oleh Amerika maka, Amerika akan meminta mereka menjual minyak pada kadar sekarang 1IQD=U$D 0.00085 atau U$D 0.9/barrel.  Memang tidak masuk akal jika harga satu tong minyak dijual tidak sampai U$D1. Walhal harga 1 tong minyak adalah melebihi paras U$D150.00. Oleh yang demikian, Dinar Iraq yang ditambat pada 1IQD=U$D0.0085 akan diapungkan. Maka, Dinar Iraq akan mampu terapung semula dan “penilaian semula” IQR akan dilakukan secara automatic mengikut permintaan dan penawaran di dalam pasaran.
3 )      Kestabilan politik
Bagi pelabur, kestabilan politik merupakan pokok utama kedatangan mereka. Lihat saja di Negara China, pelabur berebut untuk melabur di sana kerana kestabilan politik di China. Walaupun Iraq telah menegakkan semula demokrasi berparlimennya, pengaruh Amerika pastinya akan wujud di dalam parlimen Iraq. Amerika pastinya mehukan pemimpin kerajaan Iraq pro-Amerika supaya khidmat tentera mereka akn terus berada di Iraq. Selain sebagai panggalan tentera Amerika di Tanah Arab, kehadiran tentera juga bermakna panglima Tentera mereka pastinya akan lebih dekat dengan Iraq. Bagi Negara pelabur, ini akan menjamin keselamatan mereka kerana status Amerika sebagai “Polis Dunia”.  Pergolakkan negara Arab dan baru-baru ini serangan bom berdekat dengan sebuah bangunan kementerian di Iraq sedikit sebanyak menggambarkan kepada kita bahawa orang arab mahukan sebuah negara mereka sendiri dengan pemerintahan mereka sendiri.
Tiga elemen penting dalam pembangun sesebuah Negara kini terdapat di Negara Iraq. (walaupun tidak jelas)Dengan satu syarat, Iraq mesti memerintah negaranya sendiri. Tidak dibawah telunjuk Amerika mahupun mana-mana pihak yang berkepentingan. Mungkin ya parlimen mereka sudah bersidang namun, harus diingat pilihan raya itu masih difasilitator oleh Amerika. Pengunduran tentera Amerika seolah-olah ditarik  dikendur dan di tarik dan dikendur  sehingga masuk tahun ke empat penggal pemerintahan President Obama yang pada masa kempennya berjanji mahu memanggil pulang kesemua tentera Amerika di Iraq. Jika Negara-negara pengeluar minyak ini berani dan yakin pada diri sendiri sepertimana Venezuela yang berani melawan Amerika jika ekonomi mereka diganggu nescaya Negara Arab akan lebih kaya dan dihormati. Ini kerana, Amerika mengimport minyak yang besar dari Venezuela. Bagi menampung permintaan yang tinggi di Amerika, maka pihak kerajaan memerlukan sumber lain yang lebih murah dan menjimatkan. Sasaranya adalah Iraq. jika menguasai Iraq maka, menguasai minyak. Oleh sebab itu, jika Amerika melepaskan Iraq tanpa apa-apa ia seperti melepaskan emas bertan-tan ke dalam laut yang dalam. Iraq boleh maju dan kaya dengan syarat tiada Amerika di dalam system ekonominya dan system politiknya.  Merdekakan Tanah Arab !!!
Terima kasih.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting