Sex dan
Remaja
Sex
merupakan jantina antara lelaki dan perempuan. Sex juga merujuk kepada aktiviti
kelamin antara lelaki dan perempuan.
Manakala remaja merujuk kepada mereka yang berusia antara 13 tahun
hingga 19 tahun.
Remaja juga
dibahagi kepada beberapa peringkat umur. 13 tahun hingga 15 tahun diketegorikan
sebagai umur remaja muda. Kebanyakan pada usia ini, remaja sudah atau sedang
dalam peringkat baligh atau hormone badan remaja sedang matang untuk berubah
dari kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Pada peringkat ini, badan atau tubuh
badan remaja akan cepat membesar dan banyak perubahan akan dialami oleh remaja
tersebut. Pada peringkat ini juga tarikan antara jantina juga menjadi semakin
kuat. maka tidak hairanlah pada usia ini kebanyakan remaja menemui cinta
pertama mereka. Mereka yang paling active ialah remaja perempuan. Selalunya
kecantikan wanita mula mekar pada usia ini. Manakala bagi remaja lelaki pula
mereka lebih cenderung untuk mencari dan mencuba sesuatu yang baru. Mereka pada
usia ini lebih active dan suka atau lebih bermain.
Pada usia
16 tahun dan 17 tahun remaja sedang pada peringkat remaja pertengahan.terdpat
remaja yang mencapai pertumbuhan maksimun pada usia ini dan tidak kurang juga
remaja yang baru mencapai akil baligh. Pada peringkat ini kebanyakan remaja
sedang hangat dilamun cinta. Tidak kurang juga yang menumpukan pada pelajaran.
Maka tidak hairan jugalah pada usia ini ada remaja yang telah hilang ciuman
pertama atau teruna atau dara. Ini kerana, hormone sex manusia pada peringkat
umur ini sedang active. Lebih-lebih lagi apabila teknologi canggih telah
mendewasakan para remaja dengan pantas. Mereka juga didorong oleh banyak factor
seperti, rakan sebaya, keinginan ingin tahu pendedahan kepada media social baik
media cetak mahupun elektronik.
Seterusnya
usia remaja pada akhir remaja iaitu 18 tahun dan 19 tahun. Pada peringkat ini
mereka menuntut kepada kebebesan dan ingin melakukan segalanya tanpa disekat.
Maka tidak hairanlah kebanyakan pusat hiburan menjadi tempat mereka untuk menikmati
kebebasan.
Sebenarnya,
tidak mengira pada peringkat usia apa pun manusia dan sex tidak dapat tidak
menarik keingin normal seorang manusia. Namun demikian sex dan remaja semakin
dekat dengan masyarakat pada hari ini. Semakin awal sesorang itu menikmati sex
maka semakin tinggi keinginan diri mereka untuk menikmati sex. Maka semakin
banyak lah kes-kes keruntuhan moral yang akan kita dengar selepas ini.
0 comments:
Post a Comment