Monday, August 27, 2012

pemimpin

Monday, August 27, 2012
Pemimpin
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Siapa itu pemimpin? Pemimpin adalah mereka yang menjadi ketua kepada sesuatu kumpulan manusia atau yang sama waktu dengannya. Tidak kira sama ada pemimpin itu baik atau tidak, selagi-lagi beliau diterima oleh suara majority, beliau adalah pemimpin atau ketua kepada sesuatu kumpulan. Antara ciri pemimpin adalah seperti yang berikut:
1.        KACAK DAN BERGAYA
Oh..mesti orang akan berfikir tuahku hanya memilih pemimpin yang kacak dan bergaya sahaja. Ya, kita mesti memilih seorang yang kacak dan bergaya untuk menjadi pemimpinn kita. Mahukah anda pemimpin anda seorang yang selekeh? Hanya memakai selipar jepun semasa berucap di atas pentas? Kita mahukan pemimpin yang berketerampilan. Tidak kira tua atau muda, pemimpin kita harus dalam keadaan kacak dan bergaya. Hal ini akan menonjolkan ketrampilan beliau di mata ahli pimpinan beliau.

2.       BERSUARA TEGAS DAN JELAS
Suara yang tegas mampu mempersonakan orang yang mendengar. Dalam sesebua ucapan pemimpin, suara memainkan peranan kedua terpenting selepas raut wajah kita. Jika rambut kusut masai, suara pula lemah seperti orang yang tak makan nasi saja audients pasti tidak berminat untuk mendengar ucapan pemimpin tersebut. Jika pemimpin tersebut pandai menggunakan rupa dan gaya beliau, pasti pendengar akan lebih terpesona mendengar ucapan yang disampaikan. Seperti seorang juruhebah di radio, suara mereka yang lunak dapat menarik minat pendengar mendengar rancangan mereka tanpa perlu melihat wajah mereka di radio. Bergitu juga seorang pemimpin harus mempunyai suara yang jelas supaya pendengar memahami apa yang beliau ingin sampaikan.

3.       RAMAH DAN MESRA
senyum itu adalah satu sedekah
Seorang pemimpin di negara demokrasi amat perlu untuk beramah dan bermesra dengan masyarakat. Jika tidak, rakyat tidak akan kenal siapa pemimpin mereka. Seorang pemimpin tidak seharusnya mengadakan jamuan makan-makan untuk mendekati masyarakat tatapi perlu lebih kretif daripada memberi rakyat makan. Sebagai contoh, seorang pemimpin akan menegur sesiapa sahaja selagi-lagi orang yang beliau tegur itu orang. Bertanya khabar atau cukup sekadar senyum manis bagi menampakan kekacakan dan gaya mutu keunggulan beliau sebagai pemimpin.


Namun, senjata paling penting bagi seorang pemimpin ialah senyum. Ini kerana senyum mu itu adal satu sedekah. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting