Monday, August 27, 2012

mari blogging

Monday, August 27, 2012

Bloging
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Terima kasih kepada perkembangan pesat teknologi pada masa ini kita dapat bertukar-tukar fikiran melalui tulisan kita di internet. Internet telah menkadi medium yang amat penting dalam dunia tanpa sempadan. Baik untuk mengembangkan fikiran yang baik mahupun yang buruk. Apa yang penting bagi seorang blogger ialah tulisan kita tidak disekat oleh mana-mana pihak. Baik pihak penyedia perkhidmatan mahupun kerajaan. Kita memerluka medium yang benar-benar bebas agar idea dan fikiran kita dapat dikongsi dengan kawan-kawan yang sama ataupun tidak sependapat dengan kita. Kita harus mempelbagaikan bahan bacaan kita. Samada kita mahu menggunakan medium traditional seperti buku, majalah ataupun surat khabar untuk  mendapatkan maklumat ataupun dengan menanfaatkan teknologi moden seperti internet.
Namun yang demikain, tidak semua manusia yang menganggap blogger orang yang baik. Hal ini kerana, blogger sering mengkritik kerajaan mahupun mengutarakan idea mereka yang mereka anggap mereka adalah betul semata-mata.  Sesetengah blogger pula menjadikann blog mereka sebagai medan mencaci sesetengah orang yang mereka tidak atau mereka kurang gemari. Seperti gaya penulisan buku, para blogger selalunya menggunakan nama samaran yang mereka fikir sesuai untuk idea mereka yang mereka kongsikan. Ada blogger yang menggunakan banyak nama samara. Tidak kurang juga yang menggunakan nama benar mereka. Mereka ini lebih yakin akan fikiran mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat blogger yang hanya mengutarakan pendapat mereka secara nutral di internet. Mungkin kerana takut atau tidak yakin idea mereka, mereka mengambil langkah berhati-hati agar tidak menyinggung mana- pihak yang membaca hasil buah fikiran mereka. Selalunya mereka ini tidak akan bercakap tentang hal-hal kenegaraan tetapi lebih kepada kehidupan dan tentang hal-hal seharian. Sehingga ada antara kita yang menjadikan blog sebagai diari mereka. Mereka berkongsi aktiviti harian mereka di internet. Diari diri sendri, keluarga malah mereka yang sedang di lamun cinta menjadikan blog sebgai diari mereka.
Tidak kurang juga yang menjadikan blog mereka sebagai laman perkongsian cerita semata-mata. Mereka ini tidak menghasilkan cerita sendiri tetapi menyalin karya atau berita atau artikal orang lain dan mencetak semula di halaman blog mereka. Perkara ini semakin banyak kita temui di internet pada hari ini. Budayacopy and paste semakin berleluasa pada hari ini. Sehingga ada laman web tidak membenarkan kita mengklik mouse kanan kita bagi menlindungi artikel mereka daripada ditiru oleh orang lain.
Terdapat juga blooger tegar yang suka mengerah fikiran mereka dan mengupas sesuatu perkara yang mereka minat. Sesetengahnya pula menghantar artikel mereka tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Bergitu juga dengan gaya penulisan mereka. Ada yang menjaga tatabahasa mereka dan tidak kurang juga yang menggunakan bahasa yang beliau suka gunakan. Kadang-kadang saya tidak faham bahasa yang mereka gunakan. Kalau seperti saya orang yang belajar menggunakan bahasa melayu mungkin akan menghadapi masalah untuk faham bahasa melayu Kelantan. Mun kamek kelakar pakey bahasa melayu Sarawak, kamek pun sik brapa tauk gilak. Sebab kamek bukan orang melayu. Tapi mun akeu telabau melanau. Kalai lawieh un lah a faham bahasa keu. Sama seperti bahasa inggeris. Mungkin kita boleh menggunakan bahasa yang simple and easy to understand. But, our audients are not from our region only. They are visiting from all over the globe just to read our articles. Jadi, bahasa juga memainkan peranan yang penting di dalam penulisan kita sebagai blogger.
Kesimpulannya, idea dan pendapat kita sendiri lebih baik daripada kita meniru hasil seni orang lain..cewah..jangan marah bah..

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting