Kingdom of Sarawak versi Perkara 18
Damai
kepada para pembaca.
Saya masih
tidak berpuas hati tentang bagaimana Sarawak seakan-akan dilupakan statusnya
sebagai sebuah wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia. Kita Sarawak
dikenali sebagai penumpang di dalam Persekutuan Malaysia. Para pucuk pemimpin
Kerajaan Pusat lebih mementingkan Tanah Melayu daripada Wilayah Borneo.
Kebanyakan orang-orang Malaya yang tidak pernah datang ke Sarawak tidak akan
tahu bagaimana keadaan kita di sini. Mereka seolah-olah lupa bahawa tanpa Sabah
dan Sarawak Malaysia tidak akan wujud. Semasa saya dalam form four, cikgu saya
dari Malaya datang posting ke Sarawak. Dia tinggal bersama dengan guru kelas
kami yang berasal dari Tanah Melayu juga. Semasa beliau berada di Kuching menjalani
sesi taklimat sebelum dihantar ke sekolah-sekolah, penceramah mereka sempat
bertanya kepada cikgu saya ni.
Penceramah : Cikgu dapat tawaran mengajar di sekolah
mana?
Cikgu : S.M.K Three Rivers.
Penceranah :Wah, jauh tu. Tiga batang sungai.
Kurang-kurang tiga kali naik turun perahu. Ntah berapa jam ntah.
Cikgu :Alamak. First time ni
sampai Sarawak.
Nampak.
Baru sikit je penceramah tersebut cakap tentang tiga sungai. Tak pasal-pasal
cikgu saya dah membayangkan tiga batang sungai yang besar dengan banyak buaya
yang kelaparan. Sampai-sampai ja cikgu di rumah sewa guru kelas kami terus dia
terfikir yang Lapangan Terbang Mukah berada di belakang S.M.K Three Rivers.
Perjalanan yang hanya lebih kurang satu jam menaiki pesawat telah mendaratkan
dirinya bersebelahan dengan sekolah yang esok dia akan melaporkan diri untuk
bertugas. Hilang sudah tiga batang sungai dengan buaya yang lapar. Alih-alih
pergi sekolah pun tidak sampai lima minit. Ni lah cerita cikgu ekonomi saya
dari Kedah first impressionnya tentang Sarawak. Banyak sungai.
Selalunya
penduduk Tanah Melayu membayangkan Negeri-negeri Borneo mundur adalah salah
kerana sebelum Negeri-negeri Borneo membentuk Persekutuan Malaysia kita adalah
tiga buah Negara yang berbeza. Selamat hari Jadi Malaysia 16 Septemnber.
PERKARA 18:
GELARAN KETUA NEGARA.
"Yang di pertua negara"
“ini bererti Borneo Utara dan Sarawak adalah sebuah
Negara merdeka dan bukannya negeri biasa.”
(Sumber: SSKM)
Menurut perkara 18, Ketua Negara Persekutuan
Malaysia Yang di Pertua Negara atau yang Dipertuan Agong yang dipiih dari
kalangan Raja-raja Melayu tetapi tidak dari kalangan Negara-negara Borneo.
Sabah dan Sarawak bukan sahaja harus dikenali sebagai sebuah negeri-negeri di
dalam Persekutan Malaysia malah sebagai dua buat Negara yang membentuk kepada
Persekutuan Malaysia. Selain itu, semasa pemilihan yang di Pertuan Agong, Yang
di Pertua Negeri Sabah dan Sarawak tidak layak untuk mengundi bagi memilih
Ketua Negara. Jika kita tidak layak untuk mengundi baik tak payah datang semasa
proses pemilihan dibuat. Apatah lagi penjawatanan Yang di Pertuan Agong adalah
bergilir di kalangan Raja/Sultan/Yang di Pertuan Besar Negeri-Negeri Melayu.
Kesimpulannya, Ketua Negara: Persekutuan Tanah Melayu. Ahli-Ahli: Negara Borneo
Utara, Negara Sarawak.
MALAYSIA, MALAYA, SABAH, SARAWAK
Malaysia
seolah-olah seorang suami kepada tiga orang isteri iaitu Malaya, Sabah dan
Sarawak. Ketiga-tiga isteri Malaysia bekerja sama seperti si suami. Malaya
mempunya banyak anak manakal Sabah dan Sarawak tidak mempunyai banyak anak.
Kesemua pendapatan si isteri si suami yang akan pegang. Kemudian, si suami akan
mengagih-agihkan pendapatan tersebut kepada para isteri mengikut keperluan.
Oleh kerana isterinya Malaya mempunyai lebih banyak anak maka si suami memberi
peruntukan dan perhatian kepadanya. Apatah lagi si suami tinggal dengan isteri
pertamanya, Malaya. Manakala isteri Sabah dan Sarawak pula terpisah oleh laut
yang luas yang hanya dikungjungi si suami apabila tiba musim mengawan. Kebajikan
anak-anaknya di Sabah dan Sarawak sedikit sebanyak terabai dan terbiar. Bagi
menyenangkan anak-anak di Sabah dan Sarawak, si bapa menghantar anak-anak si
Malaya menolongnya di Sabah dan Sarawak. Almaklumlah nak mendekatkan
silaturahim kekeluargaan. Namun apa yang mereka fikir tentang rumah kita?
Keadaan kita? Suasana kita?
0 comments:
Post a Comment