Damai dan
salam sejahtera,
Berikut adalah komen papa hebat April 9,
2013 at 10:36 am di artikel bertajuk Manifesto Barisan Nasional (BN) VS
Manifesto Pakatan Rakyat (PR). Siapa Ciplak Siapa? Yang Untung Siapa?
Harga kereta
Manifesto PR
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar
berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang
dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: “Adalah menjadi keutamaan
kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan
menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia
komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara
berperingkat.” Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan
harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006
dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah
PR.
Dasar Perumahan
Manifesto PR
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.
Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
Kerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik
sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di
seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di
bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta
PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan
menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan
sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan
sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga
RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada.
Kereta api laju
Manifesto PR
Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk
Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah
mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura
dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming,
ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah
menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.
Lebuh raya Sabah dan Sarawak
Manifesto PR
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.
Manifesto BN
Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.
Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.
Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an
dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi kerajaan
menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri
Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja
menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang
diluluskan di bawah RMK-10.
Royalti Petroleum
Manifesto PR
Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.
Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.
Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Tidak ada janji PR untuk menaikkan royalti minyak
dalam Manifesto PR (PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika PR
membawa masuk pun dalam manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak
menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun
bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun
peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah
sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa
yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat
sebelum ini secara aku janji.
Permit Teksi
Manifesto PR
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana
manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu
bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat
Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi
kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Pangkalan data
Manifesto PR
Mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.
Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaih baik
sistem yang sedia ada, sebaliknya PR bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan
data nasional bersepadu mengenai sosioekonomi rakyat. Sebenarnya apa yang
dicadangkan PR telah wujud melalui pangkalan data e-Kasih, dan juga Jabatan
Statistik.
Hanya kerana PR melancarkan manifestonya lebih awal
apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?
Memang diakui bahawa manifesto PR lebih indah daripada manifesto BN. Justeru PR
tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam manifesto PR turut diambil
kira oleh BN.
Namun apa yang perlu PR risaukan ialah apakah majoriti
rakyat akan mempercayai manifesto yang ‘menjanjikan bulan dan bintang’
tersebut?
Ini kerana banyak manifesto PRU yang lalu tidak
ditunaikan, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji yang perlu ditunaikan.
Jadi, untuk apa dipercayai?
Sumber: Manifesto Barisan Nasional VS Manifesto Pakatan
Rakyat Berita Semasa.htm
0 comments:
Post a Comment