Bumiputra Melayu
Damai dan
salam sejahtera.
![]() |
bukan kita |
Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum yang berlapis-lapis. Seperti juga dengan negara
jiran yang lain Singapura, Semenanjung Malaysia terdiri daripada tiga kaum
utama iaitu Melayu, cina dan india. Namun, populasi kaum cina adalah lebih
besar daripada melayu menyebabkan Tunku Abdul Rahman memilih untuk membawa
Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menyertai Malaya serta Singapura bagi
membentuk sebuah negara baru yang dikenali sebagai Malaysia. Selain mengekang
cobaan Filipina dan Indonesia yang masing-masing mahu meluaskan wilayah di Asia
Tenggara, Tunku mahu menyeimbangkan populasi kaum Melayu yang pastinya akan
tergugat kerana kaum cina pada ketika itu adalah penopoli ekonomi Tanah Melayu.
Setalah berjayanya Tunku
membentuk Malaysia hasil persetujuan Singapura, Sabah dan Sarawak, kaum
bumiputra diiktiraf sebagai kaum pribumi sama seperti kaum Melayu di Malaya.
Maka, populasi kaum bumiputra-Melayu melebihi kaum cina dan india. Ini
membolehkan parti UMNO terus memperolehi kerusi yang banyak setiap kali
pilihanraya apabila mereka meluaskan sayap ke negeri Sabah. Hasilnya, parti
UKNO terbubar dan digantikan dengan UMNO di Sabah.
Pada hari ini, kesan utama yang
diterima oleh kaum bumiputra pribumi Sabah dan Sarawak terjejas kerana mereka
sering dianggap sebagai kaum “lain-lain” kerana mereka adalah bukan Melayu.
Jadi kebanyakan kaum pribumi Sabah dan Sarawak mengalami kesulitan dalam
beberapa urusan kecil kerana kaum “lain-lain” juga termasuk penduduk Malaysia
yang berasal dari negara lain seperti dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan
banyak lagi pendatang.
Penggunaan nama tengah seperti
“bin” dan “binti” oleh bebapa suku kaum di Sabah dan Sarawak yang bukan
beragama Islam juga menyebabkan pegawai dari Malaya keliru tentang status
bangsa dan agama mereka. Hal ini kerana, penggunaan nama tengah “bin” dan
“binti” terpakai kepada mereka yang beragama Kristian dan pagan serta yang
beragama Islam.
Sepatutunya awal-awal
penbentukan Malaysia para pemimpin ulung negara berfikir tentang kesulitan anak
cucu mereka dikemudian hari apabila mengabaikan status Bumiputra-Melayu sebagai
kaum utama negara. Bagi merialisasikan konsep 1 Malaysia, semua warganegara
Malaysia harus dikategorikan sebagai penduduk asal Malaysia sempena 50 tahun
kelahiran Malaysia. Ini akan membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi,
mengukuhkan perpaduan kerana kita tidak lagi dibezakan dengan bangsa dan agama
tetapi dikenali sebagai bangsa Malaysia yang berasal dari MALAYSIA.
0 comments:
Post a Comment